...Selamat Datang Ke Dunia Tanpa Bayangan...Di Mana Imaginasi Boleh Menjadi Realiti...Tinggalkan Komen Dan Jikalau Follow Maklumkan Di Jejak Tanpa Kasut atau Shoutbox Untuk Adqayyum Follow Anda...TQ...

Jumaat, 22 Oktober 2010

Kerana Cuti

Kerana tak tahan dengan waktu kerja yang panjang dan tidak berpeluang bercuti selama dua bulan seorang anggota polis di barat laut Jepun menikam perutnya sendiri.
Anggota Polis berusia 44 tahun itu pada mulanya membuat aduan yang dia diserang oleh seseorang...
Tetapi kerana curiga dengan dakwaaannya,satu siasatan dijalankan.Hasilnya didapati yang anggota polis berkenaaan mencederakan dirinya dirinya sendiri...
Tujuannya semata mata untuk mendapat kan cuti.....
READ MORE- Kerana Cuti

Khamis, 21 Oktober 2010

Roti Lebih Tua daripada Piramid

Rupa-rupanya pisau cukur telah pun dicipta sejak zaman batu lagi...pisau yang diperbuat dari batu itu telah ditemui dalam ekskavasi oleh para arkeologis di sebuah perkuburan masyarakat zaman batu mesir.

Pisau cukur yang ada sekarang hanya bermula pada 1901 selepas King Gilette mencipta dan mengeluarkannya dalam kuantiti yang banyak.Dari situlah aktiviti mencukur mula popular.

Satu lagi fakta menarik: jangan anda terkejut,roti pula lebih tua usianya berbanding piramid yang tersergam indah di Mesir.

Sebuah muzium di Zurich,Switzerland misalnya ada mempamerkan cebisan sekeping roti yang menurut pakar arkeologi, dibakar pada zaman batu-60,000 tahun lalu. Sebuah muzium di Amerika Syarikat pula mempamerkan cebisan roti berusia lebih 70,000.......
READ MORE- Roti Lebih Tua daripada Piramid

Isnin, 18 Oktober 2010

Banner created with MyBannerMaker.com
READ MORE-

Isnin, 11 Oktober 2010

Ditembak kerana gol kontrovesi

SEORANG pemain bola sepak ditembak di tengah padang oleh pengadil perlawanan berpunca daripada jaringan gol.

Pengadil itu,Lebogang Mokgethi,34,sedang mengadili perlawanan hujung minggu antara dua pasukan kampung apabila insiden itu meletus secara tiba-tiba,mengejutkan lebih 600 penonton.

Sebaik pengadil itu membenarkan jaringan,Seorang pemain,Isaac Mokhwetha.20.membantah.Pentengkaran meletus dan tolak menolak berlaku.Pengadil itu kemudian mengeluarkan pistol dari koceknya lalu melepaskan tembakan.

Penonton awalnya terkejut menyangka pengadil cuba mengeluarkan kad merah semasa menyeluk saku seluarnya....
READ MORE- Ditembak kerana gol kontrovesi

Disengat lebah ketika menyelam

PADA 1965, seorang penyelam sedang menikmati keindahan flora dan fauna Laut Mediterranean, Dia tidak menggunakan tangki oksigen sebaliknya menggunakan alat snorkel.

Malangnya,hujung snorkel yang bergerak di permukaan air seperti batang buluh itu menarik perhatian seekor lebah,sebaik serangga itu hinggap,penyelam tadi sedang menarik nafas.

Lebah turut terperangkap masuk ke ruang pernafasan penyelam itu lantas menyengat mangsanya.Penyelam itu ditemui mati oleh penyelamat setelah isterinya melaporkan kepada polis tentang suaminya yang tidak pulang ke kapal....
READ MORE- Disengat lebah ketika menyelam

Mati kerana ' Mabuk Air '

SEORANG gadis yang memiliki darjah kecerdasan tinggi ( IQ ) -186-mati kerana ' mabuk air ' akibat taksub pada kepercayaan sendiri.
Gadis itu,Tina Christopherson,29,.berasal dari Florida,Amerika disahkan menghidap kanser dalam perut .Tanpa mendapat nasihat pakar dia enggan menjamah sebarang makanan sebaliknya minum air lebih 15 liter setiap hari.
Dia percaya apa yang dilakukannya adalah betul.Akibat daripada tindakan itu,ginjal Tina gagal berfungsi mengakibatkan air yang banyak dalam badannya melimpah ke paru-paru.
Tina mati kerana ' mabuk air 'sedangkan kanser yang dihadapinya masih di peringkat awal,tidak pun boleh membunuh ,kata doktor.

Kerana terlalu cerdik,enggan mendapatkan khidmat pakar, Tina mati kerana kebodohan sendiri....
READ MORE- Mati kerana ' Mabuk Air '
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...