...Selamat Datang Ke Dunia Tanpa Bayangan...Di Mana Imaginasi Boleh Menjadi Realiti...Tinggalkan Komen Dan Jikalau Follow Maklumkan Di Jejak Tanpa Kasut atau Shoutbox Untuk Adqayyum Follow Anda...TQ...

Isnin, 22 November 2010

BLOGGER IN DA HOUSE : KHAS BUAT BLOGGER BARU

image

Salam Abang Ben. ADQayyum pun nak join segmen Abg Ben ni. Nak tambah kenalan.

Ini pasal latar belakang blog ADQayyum :-

Nama DUNIA TANPA BANYANGAN diambil berdasarkan khayalan ADQayyum. Tidak ada apa-apa makna yang berkaitan dengan ADQayyum pun. Cuma ADQayyum suka sebab nama tu nampak ganas dan macho. Hehehe.. Bolehkah gitu?

Banyak lagi ready template yang cantik-cantik tapi ADQayyum pilih yang ini sebab Naruto ni nampak ganas tapi masih macho. Uhh suka sungguh ADQayyum dengan ganas dan macho ni.

Maaflah ADQayyum tak berapa pandai nak tulis entry panjang-panjang. Maklumlah ADQayyumkan baru 11 tahun.. Hmm minta simpati ni.. J

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal ADQayyum, boleh baca entry ‘IDENTITI BLOGGER YANG HILANG – ADQayyum’.

Ok Abg Ben.. Terima kasih. Saya sokong usaha murni Abg Ben dalam apa saja yang Abg Ben buat.

READ MORE- BLOGGER IN DA HOUSE : KHAS BUAT BLOGGER BARU

Khamis, 18 November 2010

Give Away JZ pulak....

Hari ni ADQayyum nak join 1st Give Away by JZ pula. Mood ADQayyum 2 3 hari ni asyik nak join contest je. Tak tau la kenapa. Mungkin sebab geram tengok kawan2 lain dapat hadiah atau award yang best2 kot. ADQayyum pun nak lah.

Dah banyak hari ADQayyum nak join give away ni tapi tak ada idea. Semalam masa celebrate birthday baba di Puncak Mutiara, ADQayyum order lamb chop dan ibu pulak pesan susu kambing fresh. Terus ADQayyum teringat pasal give away ni. Itu sebab hari ni ADQayyum berkobar-kobar nak join give away ni sebab antara syarat nak join kena cerita pasal kambing.


Haaa.. yang kat atas tulah cerita ADQayyum pasal kambing. Hehehe.. ada sebut kambing gak kan..


Syarat-syarat lain semua ADQayyum dah ikut.


Kepada JZ Business World, Selamat Maju Jaya dan semoga ADQayyum menang sebab ADQayyum nak hadiahkan susu kambing tu kepada ibu ADQayyum tersayang yang suka sangat minum susu kambing dan lembu.. Baba pula tak suka susu langsung..


Dan lagi satu kena tag 3 orang so yang dibawah adalah yang kena tag ye..


Tukang Penasihat@Saya salah ka


Pink Pearl Lady


Amny Belle 2606

READ MORE- Give Away JZ pulak....

Selasa, 16 November 2010

Bacalah jika ada masa untuk Allah

ASSALAMUALAIKUM SAUDARAKU


Baca jika anda ada masa untuk ALLAH.

Bacalah sehingga habis.
Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung.
ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini... Lebih lebih lagi diwaktu kerja.

Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang .... Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini

Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat .......

Muingkin malam JUMAAT?

Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA?

Kita suka ALLAH pada masa kita sakit.....

Dan sudah pasti waktu ada kematian...

Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?

Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA.

Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka......

Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)

Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.
DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH
Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!!

Ya aku CINTA ALLAH

Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku

IA lah yang menggerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.

Ini adalah ujian yang mudah.

Kalau anda benar meyintai ALLAH dantidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu....
Kirimkan kepada orang .

Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?

Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.

Susah….... Senang

Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?

Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?
Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem 'forward' kanemail yang tak senonoh?
Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.
Solat adalah yang terbaik....

Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.

Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.

Tidakkah melucukan bila seseorang berkata 'AKU BERIMAN PADA ALLAH' TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also 'believes' in ALLAH).
Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM, ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?

Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini andatidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti sama ada mereka suka atau tidak?.


Aku berDOA, untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan mereka di rahmati ALLAH.

READ MORE- Bacalah jika ada masa untuk Allah

Isnin, 15 November 2010

"ARE U THAT LUCKY ONE...??? GIVE AWAY"

ADQayyum tak pernah join mana-mana give away atau contest pun sebelum ni.
Tapi bila buka je blog amnybelle2606, ADQayyum rasa nak join sebab PRINCESS TIHAH yang cute tu dan hadiah yang ditawarkan juga adalah untuk anak-anak.

Haaa.. sesuai sangatlah tu.
Kan ke ADQayyum ni 'anak' yang baru berusia 11 tahun.
Betul betul betul!

PRINCESS TIHAH PILIH ADQAYYUM PLEASE...

~ PRINCESS TIHAH ~


ADQayyum dah pun ikut semua syarat-syaratnya.

1. mesti lah warganegara MALAYSIA..senang aku nak pos nanti beb...
* ADQayyum memang warganegara Malaysia pun.

2. lelaki ke pompuan xkesah...
* ADQayyum lelaki. Ada kelebihan tak? Kot boleh jadi PRINCE CHARMING ke?

3. mestikah jadi follower saya..???saya x paksa, tapi kalau jadi, ianya merupakan satu bonus...:)
* Tak paksa pun nak follow jugak princess yang cun ni.

4. mesti promote entry nih kat blognya.."ARE U THAT LUCKY ONE..???GIVEWAY"...
dan tinggalkan link entry itu dekat ruangan komen.
* Patik dah buat dah Tuan Puteri..

5. publish/letakkan banner 'princess Tihah' diatas kat 'sidebar' blog korang dan linkkan ke blog saya..
* DONE!

So, Princess Tihah.. CERIA-CERIA SELALU!
READ MORE- "ARE U THAT LUCKY ONE...??? GIVE AWAY"

Selasa, 9 November 2010

IDENTITI BLOGGER YANG HILANG


Dunia Tanpa Bayangan (DTB) telah ditag oleh pak belalang dari Suara Bawah Tanah untuk 'IDENTITI BLOGGER YANG HILANG'.. sekarang kenalah buat ye... kita lihat lah 25 perkara tentang pemilik DTB.

"Once you have been tag, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, or goal about you. In the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you, it’s because I want to know you more

1. Adqayyum adalah nama singkatan atau nickname dari nama Adam Danial Qayyum...

2. Anak sulung daripada 5 beradik.....

3. Baru berusia 11 Tahun.. Tarikh lahir adalah 18/5/1999.. jikalau anda ingin bagi hadiah besday saya nak roller-blade edisi khas.. hehehe.. nak tahu kenapa nak roller-blade, cekidaut..

4.hobi di waktu lapang ye.. suka naik roller-blade.. mempunyai sepasang roller-blade.....

5.lagi satu Adqayyum sorang shuffler.. bukan la tere sangat tapi boleh la...
6.seorang ' otaku ' yang berkaliber dan tahu serba sedikit dalam dunia komik dan watak2 anime....

7.takut nak p tempat gelap sorang2.. so kalo nak p jugak kena teman la.. tambah lagi tempat yang bertingkat2.. heee

8.suka pakai n kumpul topi.. macam baba saya.. yang terbaru topi blink-blink..

9.takut dengan kucing....bukan la takut camna cuma kucing yang macam hyper pastu suka cakar2....tapi kalo kucing comel boleh la dipertimbangkan....hehe
10.suka main aci ligan dengan budak2 sebab x kan dapat ditangkap pun....

11. game yang paling suka ialah Final Fantasy sebab gaya mereka lawan n game tu adventure....

12. kalau bab makan, biar lauk penuh meja pun tetap akan cari kicap n telur mata.

13. suka minum vico.

14. tahun depan kekal kelas A. hoye!

15. anak kepada baba yang hensem n ibu yang lawa.

16. suka juga main bowling.

17. minat bunkface, azlan n typewriter, basshunter n lady gaga.. lalalalalla rama ullala..

18. suka warna hitam n putih.

19. suka chat di facebook.

20. di facebook dikenali dengan Danny Itachi.. buat masa sekarang le.. nanti dah boring tukar nama lagi..

21. ada 2 adik lelaki n 2 adik perempuan.

22. semua anak lelaki, ibu n baba mulakan dengan Adam n bagi anak perempuan, nama pangkal Hawa..

23. tak suka makan buah.

24. tak suka makan sayur.

25. ada seorang uncle yang cukup terkenal di dunia blogger tapi.. syyyyy.. biarlah rahsia..

26. alaaaa.. dah abeh dah ke... terlajak ke nombor 26 dah pun..

27. nak tahu pasal saya lagi, PM saja saya.

28. seorang yang baik n berbudi bahasa.. betul!

29. sorry cerita-ceriti saya ini tak ikut susunan.. sebab ikut idea yang tunggang terbalik nak letak mana dulu..

30. thank you kepada pak belalang sebab sudi tag saya.. saya akan ke dunia bawah tanah sekarang juga sebab nak beritahu, I'M DONE!!!

N the last terasa malas la nak tag 25 org jadi sapa nak tag diri sendiri tag la....hehehe
READ MORE- IDENTITI BLOGGER YANG HILANG

Khamis, 4 November 2010

Trak......

Seorang pemandu trak yang bertolak ke Puchong.tiba-tiba terpandang papan tanda besar di hadapannya.''AWAS! JAMBATAN RENDAH DI HADAPAN.''Pemandu itu cuba membelok,tapi tidak sempat.Tiada simpang untuk membuat U-TURN dan....DAMMMM!Trak itu tersangkut di bawah jambatan..apa lagi.traffic jamlah jawabnya....

Setangah jam kemudian.polis traffic pun sampai.Polis itu terus pergi kat trak tersebut.sambil meletakkan lengannya ke pintu trak.berserta dengan senyumman ala-ala menyindir,polis traffic itu bertanya.''Tersangkut kat jambatan,ke???''

Jawab pemandu trak,''Bukan macam tu,tuan sebenarnya saya nak hantar jambatan ni ke Puchong,tapi habis minyak pulak.Maklumlah,minyakkan mahal sekarang ni......
READ MORE- Trak......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...