...Selamat Datang Ke Dunia Tanpa Bayangan...Di Mana Imaginasi Boleh Menjadi Realiti...Tinggalkan Komen Dan Jikalau Follow Maklumkan Di Jejak Tanpa Kasut atau Shoutbox Untuk Adqayyum Follow Anda...TQ...

Isnin, 31 Januari 2011

MENCIPTA KERETA ELEKTRIK


Kenaikan harga bahan api kebelakangan ini, kembali mempopularkan kereta berkuasa elektrik. Apa yang menyebabkan kereta elektrik popular?

Secara asasnya, penyebab tercetusnya idea kereta yang beroperasi menggunakan bateri ini adalah disebabkan kos bagi bahan api yang tinggi dan peningkatan bilangan individu yang mempunyai kesedaran terhadap bumi hijau.

Kesedaran individu dan agensi yang terlibat ini telah menyumbang kepada usaha bagi memastikan konsep bumi hijau dipraktikkan termasuk menghasilkan kenderaan yang lebih senyap, mudah dipandu dan yang lebih penting tidak menghasilkan bau atau gas berbahaya.

Bermula siri kali ini, kami ingin berkongsi inovasi mereka bentuk kereta elektrik Zull Design kepada pembaca dengan cara yang lebih mudah.

Alat-alat yang digunakan

Batang besi (mild steel hollow square bar)

*Kepingan besi (sheet metal)

*Kepingan plastic (perspec)

*Bateri

*Motor

*Tayar

*Gear

*Rantai

*Wayar

*Geganti (relay)

*Suis

*Contactor

Langkah-langkah

Pada minggu ini kami akan menunjukkan bagaimana untuk mendapatkan struktur (casis) kereta elektrik yang merupakan perkara asas di dalam pembinaan kereta elektrik.

nBerikut disertakan ukuran struktur kereta elektrik.

nUkur dan potong batang besi mengikut ukuran yang ditetapkan untuk mendapatkan bahagian-bahagian struktur kereta.

nCantumkan batang besi dengan menggunakan teknik kimpalan (welding) untuk menjadikan struktur kereta dan pastikan kimpalan yang dibuat adalah penuh (full weld) supaya struktur kukuh dan kemas.

nStruktur kereta yang telah siap.

Bersambung pada siri seterusnya. Selamat mencuba.

kredit : Utusan Malaysia

READ MORE- MENCIPTA KERETA ELEKTRIK

Rabu, 26 Januari 2011

PENGETUA AF 9 : AHMAD DHANI DEWA?

Ahmad Dhani daripada kumpulan top Indonesia dipilih sebagai Pengetua Akademi Fantasia 9?

Ahmad Dhani

Dalam pada konon’nya peminat sedang berspekulasi tentang siapa bakal Pengetua Akademi Fantasia 9 (AF9), ada ura ura mengatakan ia’nya bakal di’sini orang seberang.

Pagi tadi, sebuah stesen radio tempatan mengesahkan yang legenda rock Indonesia, Ahmad Dhani bakal memegang tampuk itu.

Ini sekaligus menepikan segala desas desus berkaitan Amy Search yang di’khabarkan menerima lamaran untuk menjadi pengetua musim Akademi Fantasia terbaru ini.

Walaupun berita ini belum di’sahkan oleh mana-mana pihak terutamanya Astro sendiri, ulasan yang di’berikan oleh penyampai radio sebagai orang dalam boleh kami percayai.

Kita nantikan sahaja apakah perubahan yang boleh Ahmad Dhani bawa ke dalam Akademi Fantasia 9 nanti yang konon’nya di’khabarkan sebagai yang terakhir.

kredit : ROTIKAYA
READ MORE- PENGETUA AF 9 : AHMAD DHANI DEWA?

JEJAK KEDUA UFO DI YOGYAKARTA

ADQayyum hendak share berita pasal jejak UFO yang ADQayyum baca dari Kosmo! Online. Kesimpulan yang dibuat oleh beberapa pegawai dari agensi angkasa lepas Indonesia, ahli-ahli astronomi dan pegawai-pegawai agensi nuklear bahawa kesemua mereka bersetuju bentuk misteri itu bukan disebabkan UFO adalah satu statement yang buat ADQayyum berfikir.. siapalah yang rajin benar buat kerja ni ye..

Jejak kedua UFO ditemui di Yogyakarta

BENTUK bulatan misteri yang ditemui di Dusun Wanujoyo, Yogyakarta semalam

YOGYAKARTA, Indonesia - Belum reda kekecohan mengenai bulatan tanaman yang dipercayai jejak objek terbang tidak dikenali (UFO) di Sleman, kelmarin, warga Yogyakarta kembali digemparkan dengan penemuan satu lagi bulatan misteri, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Bulatan misteri kedua itu bercorak geometri yang baru itu ditemui di Dusun Wanujoyo Kidul, Desa Srimartani Kecamatan Piyungan, Kabupaten Bantul, Yogyakarta.

Ia terletak lima kilometer dari bentuk bulatan pertama yang ditemui di sawah padi di Sleman tetapi ukurannya pula lebih kecil.

"Saya sedang mencari rumput, saya lihat banyak padi yang landai dan membentuk bulatan," kata seorang pemuda Harjono, yang menemui corak bulatan misteri itu.

Ia dipercayai terbentuk lebih lima hari berdasarkan sebahagian padi yang rebah sudah mula tegak berdiri.

Lebih menghairankan, padi yang rebah itu juga tidak patah.

Menurut seorang penduduk tempatan Tukijo, 53, yang tinggal dalam jarak sekitar 100 meter dari tempat corak aneh itu ditemui, dia tidak mendengar bunyi suara atau melihat cahaya sebelum lingkaran itu ditemui.

"Tiada sebarang tanda-tanda ganjil sebelum bentuk bulatan itu ditemui," katanya.

Kawasan itu kini dipagari dengan garisan polis bagi mengelak dipijak oleh orang ramai yang berpusu-pusu tiba kerana mahu melihat fenomena tersebut.

Sementara itu, beribu-ribu orang membanjiri daerah Sleman semalam semata-mata untuk melihat sendiri bulatan misteri yang pertama.

Bulatan itu memiliki corak seperti bunga dengan luas sekitar 70 meter.

Ia kini menjadi tumpuan orang ramai sehingga polis terpaksa memagari kawasan itu dengan menggunakan pita berwarna kuning bagi menghalang bulatan itu dipijak oleh orang ramai.

BEBERAPA peniaga menjual lukisan bulatan misteri di Sleman, Yogyakarta semalam

Beberapa penduduk kampung di Sleman pula mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran kepada orang luar yang datang untuk melihat bentuk misteri itu.

Ketua kampung Jogotirto tempat corak aneh itu ditemui, Guntur Purwanto berkata, bulatan itu muncul di tengah-tengah sawah bendang pada Ahad lalu.

Antara yang hadir semalam dan turut memberikan pendapat mengenai bentuk itu ialah beberapa pegawai dari agensi angkasa lepas Indonesia, ahli-ahli astronomi dan pegawai-pegawai agensi nuklear.

Kesemua mereka bagaimanapun, bersetuju bentuk misteri itu bukan disebabkan UFO. - Agensi
READ MORE- JEJAK KEDUA UFO DI YOGYAKARTA

Isnin, 24 Januari 2011

TEKNOLOGI 3-D PUNCA SAKIT KEPALA

ADQayyum hendak share info dari Sinar Harian Online ini. Risau pula ADQayyum hendak menonton tayangan 3-D selepas baca info ini..

3-D Penyebab Sakit Kepala


NEW YORK - Pengusaha industri perfileman dunia menjangkakan teknologi 3-D akan menjadi jenis hiburan masa depan walaupun ia mempunyai satu kekurangan besar menyebabkan jutaan penonton sakit kepala.

Pakar mata melaporkan, satu daripada empat individu menghadapi masalah apabila menonton filem atau televisyen dalam bentuk 3-D sehingga menyebabkan keletihan mata dan tidak dapat menentukan jarak sebenar objek dalam kehidupan seharian.

Dalam kes yang lebih kronik, menonton rancangan 3-D juga membuatkan penonton berasa mual dan hampir pitam serta menyebabkan sakit kepala.

Kajian terhadap 115 penduduk Korea Selatan yang menggunakan teknologi 3-D mendapati mereka mengalami sakit mata kronik berbanding televisyen biasa.

Menurut pakar, teknologi 3-D menimbulkan kekeliruan pada cara mata memfokus kepada objek dan jarak sebenar objek itu, menyebabkan kesakitan mata.

READ MORE- TEKNOLOGI 3-D PUNCA SAKIT KEPALA

Sabtu, 22 Januari 2011

GELANGGANG RAJA LAWAK 5 MINGGU KE 3: KAMI & TBO TERSINGKIR!

Tadi ADQayyum layan Gelanggang Raja Lawak 5. Hmm dah Minggu ke 3 pun. Tema minggu ini 'TIRU MACAM SAYA'.

Minggu lepas Bobo menjadi perserta pertama yang terkeluar Raja Lawak 5. Kali ini ada kejutan kerana setelah penyingkiran KAMI diumumkan, juri khas Afdlin Shauki mengumumkan terdapat 1 lagi penyingkiran untuk minggu ini menjadikan 2 penyingkiran bagi minggu ke 3. Penyingkiran seterusnya untuk minggu ini adalah kumpulan TBO.


Apa-apa pun best gak layan Raja Lawak ni.. Esokkan cuti sekolah. Hilanglah stress sikit boleh gelak-gelak..

READ MORE- GELANGGANG RAJA LAWAK 5 MINGGU KE 3: KAMI & TBO TERSINGKIR!

Jumaat, 14 Januari 2011

YouTube FASHA SANDHA ISU BIKINI

ADQayyum tak berapa mengikuti sangat isu artis ni.. Maklumlah ADQayyum kan budak sekolah lagi.. Cuma ADQayyum nak share info dari Harian Metro Online ni je.. Check It Out! Fuhh.. Nak tidur dah.. Esok sekolah cuti sampai Ahad! Yabedabeduuu!!!..

READ MORE- YouTube FASHA SANDHA ISU BIKINI

Selasa, 11 Januari 2011

SHOWDOWN 2011 TAMPIL KELAINAN

ADQayyum memang suka menonton siaran Showdown.. sebab ADQayyum kan shuffler.. hehehe.. Hope 1 day ADQayyum boleh join segmen ni. Boleh ke? :)

Showdown 2011 tampil kelainan
Oleh SAHLIZAH MOHAMED
sahlizah.mohamed@kosmo.com.my


HANGATNYA musim pertama program realiti tarian jalanan, Showdown 2010 telah membuat 8TV kembali dengan musim kedua program tersebut. Ia sekali gus sebagai usaha mengubah persepsi masyarakat mengenai tarian tersebut kerana ia mampu berdiri setaraf dengan tarian-tarian lain.

Namun untuk tampil berbeza daripada musim lalu, Showdown 2011 dirancang akan memuatkan elemen lebih dramatik serta aksi yang menarik untuk tontonan peminat. Para peserta tidak hanya terhad mempamer kebolehan sebagai penari hip-hop, malah krew yang terlibat bakal menunjukkan kreativiti masing-masing dengan menggabungkan tarian-tarian lain dalam setiap persembahan mereka.

Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim berkata, perkembangan pesat tarian hip-hop dan tarian jalanan telah melahirkan ramai remaja yang berbakat.

“Ini telah dibuktikan dengan sambutan luar biasa Showdown 2010 dan untuk itu, kami membawakan anda musim kedua yang pasti lebih menarik dan menghiburkan,” katanya semasa sidang media program tersebut, baru-baru ini.

Tambahnya, Showdown 2011 merupakan saluran yang terbaik untuk para remaja mengasah bakat tarian mereka dan pertandingan itu bukan sekadar untuk mencari krew terbaik, tetapi mencari kelainan yang boleh memberi impak untuk mengubah persepsi tarian tersebut di negara ini.

Justeru, bagi mereka yang berminat, Showdown 2011 yang terbuka kepada semua peringkat umur telah mula menjalankan sesi uji bakat sejak 8 Januari di Kuching, Sarawak sebelum menjelajah ke Kota Kinabalu, Sabah pada 15 Januari dan pertempuran hebat krew-krew di Semenanjung bakal disaksikan sepanjang uji bakat berlangsung di Kuala Lumpur pada 21 dan 22 Januari depan.

Sepanjang sesi uji bakat, setiap kumpulan yang dianggotai oleh lima hingga tujuh penari perlu mempersembahkan tarian mereka mengikut rentak dan gaya tersendiri bagi menarik perhatian juri.

Kumpulan yang berjaya melepasi sesi tersebut akan diminta untuk bertanding pada keesokan harinya dalam sesi Battle yang menyaksikan mereka bakal beradu kehebatan tarian antara satu sama lain untuk mara ke peringkat seterusnya.

Hafiz Hatim masih diberi kepercayaan buat kali kedua untuk mengacarakan program tersebut selain ia turut mengekalkan dua juri tetap mereka iaitu penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow dan penari berpengalaman, Maple Loo.

Showdown 2011 akan mula menemui penonton bermula 6 April 2011 pada setiap hari Rabu pukul 9.30 malam.
READ MORE- SHOWDOWN 2011 TAMPIL KELAINAN

ANA RAFFALI MOHON DIBERI PELUANG

ADQayyum nak share berita di bawah ni pulak.. Almaklumlah kan Juara Kontroversi ni.. Kesian Ana Raffalikan.. huhuhu..


SEBELUM berlangsung majlis Anugerah Juara Lagu Ke-25 (AJL 25), pastinya ramai yang tidak menyangka bahawa lagu Tolong Ingatkan Aku mampu mengetepikan cabaran 13 buah lagu lain yang bertanding.

Tidak dinafikan, lagu nyanyian Ana Raffali itu sebenarnya langsung tidak memasuki senarai lagu yang boleh memberikan saingan hebat untuk AJL 25 kerana ramai pihak yang lebih bertumpu kepada pertembungan sengit yang membabitkan penyanyi seperti Yuna, Faizal Tahir dan Black.

Apa yang turut menjadi tumpuan apabila Ana berjaya menyingkirkan penyanyi yang menjadi pilihan ramai untuk bergelar juara iaitu Faizal Tahir yang sekadar meraih anugerah kategori persembahan terbaik menerusi lagu Hanyut.

Bagaimanapun, keputusan telah dibuat oleh barisan juri yang dilantik dengan memilih lagu nyanyian dan ciptaan Ana Raffali, meskipun ia mencetuskan sedikit kontroversi hingga menimbulkan rasa tidak puas hati ramai pihak.

Bercerita mengenai kejayaan yang dikecapinya itu, Ana sendiri mengakui sangat terkejut sebaik sahaja namanya telah diumumkan sebagai pemenang pada malam itu.

Menurutnya, tidak terdetik di hatinya langsung untuk bergelar juara memandangkan kesemua lagu yang bertanding pada AJL 25 sangat hebat dan memiliki kekuatan masing-masing.

“Ini adalah satu kejayaan terindah yang pernah saya kecapi sebagai seorang penyanyi. Dapat menyertai AJL 25 adalah satu penghormatan terbesar, apatah lagi menjadi juara dalam pertandingan yang cukup berprestij ini.

“Saya sendiri masih tidak percaya dengan kejayaan ini. Namun, saya sangat bersyukur dan sudah tentu dengan kemenangan ini akan menjadi pembakar semangat untuk saya bergiat lebih aktif dalam penciptaan lagu,” ujarnya yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.

Ketika diminta mengulas mengenai kemenangan lagunya yang dipertikai dan menimbulkan rasa tidak puas hati ramai pihak, Ana berkata dia tidak kecewa dengan keadaan tersebut. Ujarnya, setiap orang ada hak masing-masing dan kemenangan yang diraih itu adalah keputusan yang dibuat oleh para juri.

“Saya sedar bahawa lagu saya ini tidak popular serta jarang diputarkan di radio dan bukan merupakan calon pilihan mereka. Namun, saya bersyukur kerana para juri telah memilih lagu saya ini.

“Lagipun saya masih baru dalam industri muzik tanah air dan ini merupakan penampilan pertama dalam anugerah juara lagu. Apa yang saya mahu lakukan adalah cuba untuk memikat hati para pendengar agar dapat menerima lagu-lagu saya selepas ini,” ujarnya.

Menurut Ana, dia juga berharap agar para pendengar di luar sana dapat memberi peluang kepadanya kerana dia juga mempunyai impian untuk mengangkat martabat muzik tempatan ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Menyentuh mengenai lagu Tolong Ingatkan Aku yang diciptanya itu, Ana menjelaskan ia adalah sebuah lagu yang berkaitan sesuatu yang begitu dekat dengan dirinya dan peringatan supaya menghargai yang disayangi terutamanya keluarga dan rakan-rakan.

“Lagu ini juga turut mengingatkan saya kepada kakak saya yang telah meninggal dunia. Mungkin secara kebetulan, tarikh dia meninggal dunia adalah pada 9 Januari 2003 dan hari ini genap lapan tahun dia meninggalkan kami sekeluarga,” ujarnya.

Luahan hati

Muncul sebagai pemenang tempat ke-2, lagu berjudul Drama King nyanyian Black dan Meet Uncle Hussain menepati ramalan untuk merangkul salah satu kedudukan terbaik meskipun gagal untuk bergelar juara.

Pencipta lagu tersebut, Nik Mustaza Nik Mustapha atau Taja yang juga ketua kumpulan Meet Uncle Hussain menjelaskan, kejayaan lagu tersebut menjadi satu titik permulaan untuk dia menghasilkan lebih banyak lagu lagi selepas ini.

“Memang ada yang kata Drama King merupakan sebuah lagu berbentuk sindiran. Namun, lagu yang saya hasilkan adalah luahan daripada apa yang terbuku di hati dan saya luahkan melalui lagu ini.

ANA berkongsi kegembiraan meraih kemenangan besar pada Anugerah Juara Lagu Ke-25 bersama Aidit Alfian yang diundang sebagai pemain gitar mengiringi persembahannya di pentas.

“Lagipun saya sendiri tidak meletakkan sebarang sasaran kerana apa yang saya mahukan pendengar rasa terhibur apabila mendengar lagu ini. Saya juga gembira kerana Black memberi kerjasama yang erat sehingga dapat menyampaikan lagu ini dengan baik,” ujarnya.

Menurut Taja, dengan kejayaan tersebut juga, dia tidak menolak kemungkinan untuk terus menjalinkan kolaborasi dengan Black selepas ini. Namun, setakat ini mereka masih lagi berada di tahap perbincangan untuk projek yang akan datang.

Ujarnya lagi, buat masa ini juga Meet Uncle Hussain belum bersedia untuk mencari penyanyi tetap dan lebih selesa menjalinkan kolaborasi dengan penyanyi seperti Black dan Hazama.

Sementara bagi Black pula, meskipun lagu nyanyiannya itu berjaya mendapat tempat kedua, namun dia sedikit kecewa apabila tidak dapat mempertahankan anugerah kategori vokal terbaik yang dimenanginya tahun lalu.

Ujarnya, dia menyedari bahawa terdapat beberapa kesilapan yang telah dilakukan sewaktu menyampaikan lagu Drama King dan Sofea Jane sehingga terlepas gelaran tersebut.

“Bagi saya siapa yang membuat kesilapan pasti akan kecundang dan ternyata rezeki tidak memihak kepada saya. Biarpun gelaran berkenaan memihak kepada Hafiz, tetapi saya berpuas hati dengan persembahan saya malam ini,” ujarnya.

Kecederaan di leher

Pastinya ramai yang sudah mengetahui bahawa beberapa hari sebelum berlangsungnya AJL 25, pelantun lagu Noktah Cinta iaitu juara Akademi Fantasi musim ketujuh (AF7), Hafiz telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Selain keretanya yang remuk, dia juga turut mengalami kecederaan di leher.

Bagaimanapun, satu pujian harus diberikan kepada penyanyi tersebut kerana masih lagi mampu untuk membuat persembahan terbaik pada malam kemuncak. Usahanya juga tidak sia-sia apabila mendapat tempat ketiga serta merangkul anugerah vokal terbaik.

“Saya tidak mahu kemalangan yang terjadi itu menjadi punca saya tidak dapat membuat persembahan yang baik. Apa yang saya fikirkan semasa berada di pentas adalah terus fokus kepada persembahan tanpa memikirkan sebarang kesakitan yang dialami.

“Akhirnya, apa yang saya usahakan dalam tempoh tiga minggu ini telah membuahkan hasil. Biarpun hanya berjaya meraih tempat ketiga, tetapi itu sudah menjadi kepuasan kerana berada di pentas AJL juga adalah kebanggaan buat diri saya,” ujarnya.

Menurut Hafiz, selain mengakui agak terkejut dengan kejayaan tersebut, apa yang paling tidak disangka sama sekali adalah kejayaan meraih anugerah bagi kategori vokal terbaik.

Tambahnya, dia sedar bahawa sememangnya dia bukanlah calon pilihan untuk kategori tersebut. Namun, rezeki ternyata berpihak kepadanya apabila berjaya mengetepikan calon pilihan sebelum ini iaitu Black.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kekuatan lagu Noktah Cinta yang dicipta oleh Ajai dan Shah Qalam itu, Hafiz menjelaskan lagu berkenaan mempunyai kekuatan dari segi melodi dan liriknya.

“Lagu ini telah dicipta oleh komposer yang sememangnya dikenali ramai dan berpengalaman luas. Maka sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikannya dengan baik agar dapat menarik minat juri untuk memilih lagu ini,” ujarnya yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan RM22,000.

Elemen drama

KEMENANGAN Ana Raffali yang berjaya mengetepikan barisan lagu nama-nama popular penggiat muzik yang bertanding pada AJL kali ini menimbulkan perdebatan hangat di kalangan peminat muzik tanah air.

Sudah berusia 25 tahun, AJL yang dianjurkan oleh TV3 masih lagi diminati ramai dan kekal sebagai sebuah acara yang mengangkat martabat industri nyanyian di negara ini.

Saban tahun, semakin banyak pembaharuan yang cuba dilakukan biarpun adakalanya pernah menimbulkan sedikit kontroversi dan salah faham seperti yang dialami pada tahun lalu.

Penerbit AJL 25, Ahmad Shaifullizam Arshad atau Gbam berkata, sepanjang terbabit dalam penganjuran anugerah juara lagu, dia menyifatkan bahawa AJL 25 adalah paling mencabar sekali untuk dianjurkan.

“Untuk anugerah juara lagu kali ini, ia membabitkan banyak penggunaan teknologi yang terkini. Malah, kami juga ada menggunakan teknologi yang baru pertama kali digunakan di Malaysia.

“Selain itu, kami juga hanya sempat melakukan dua kali raptai sebelum acara sebenar berlangsung. Apa pun kami telah lakukan yang terbaik dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua kru yang telah bekerja keras,” ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai terlalu banyak elemen drama yang ditampilkan sehingga menimbulkan kritikan, Gbam menjelaskan bahawa pihaknya sekadar memberikan sokongan dan bantuan yang diperlukan oleh peserta.

Ujarnya, keputusan mengenai bentuk persembahan yang ingin dilakukan pada acara tersebut adalah bergantung kepada peserta itu sendiri dan tidak menyangka elemen drama semakin menjadi pilihan penyanyi yang bertanding pada kali ini.

Selain ketiga-tiga lagu berkenaan, antara lagu yang layak ke final AJL 25 adalah Cinta Sempurna (Yuna), Berlari (Tomok/Shazee Ishak), Pelita (A.P.I/Loque), Kebahagian Dalam Perpisahan (Shahir/Edry Abdul Halim), Selamat Malam (Faizal Tahir/Audi Mok) dan Ku Ada Kamu (Adira/Edry Abdul Halim).

Turut menjejak kaki ke AJL 25 adalah lagu Extravaganza (Bunkface/Sam Bunkface), Sofea Jane (Black/Sham Kamikaze/Iswandy/Farril), Hanyut (Faizal Tahir/Audi Mok), Jahat (Stacy/Edry Abdul Halim) dan Mencari Konklusi (Hujan/Noh Hujan).

Sementara barisan para juri pula adalah terdiri daripada Habsah Hassan, Hasridz Murshim Hashim @ Acis, Azmeer, Amy Search, Syed Ahmad Faizal Syed Fadzil Al-Attas @ Pacai, Andy Flop Poppy dan M. Nasir selaku ketua juri.

READ MORE- ANA RAFFALI MOHON DIBERI PELUANG

IMBASAN ANUGERAH JUARA LAGU 25

ADQayyum ada banyak homework nak kena buat ni tapi nak juga update blog. Jadi ADQayyum published berita di bawah untuk sesiapa yang nak tahu ye. :)

Imbasan Nostalgia AJL
Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

KEMUNCULAN Siti sebagai penyanyi undangan pada AJL 25 berjaya mengembalikan keindahan memori AJL sebelum ini.

DI SEBALIK kontroversi kemenangan lagu Ana Raffali, pada majlis Anugerah Juara Lagu Ke-25 (AJL 25) yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu, pujian bagaimanapun harus diberikan kepada persembahan semua finalis serta penyanyi undangan yang menjayakannya kali ini.

Persembahan pembukaan AJL 25 yang menyorot kembali kenangan dengan meletakkan barisan penyanyi yang pernah menjadi juara dalam pertandingan ini memang satu persembahan yang tidak boleh dilupakan.

Penyanyi Francisca Peter memukau penonton dengan vokal hebatnya sehingga meremang bulu roma menerusi lagu Sekadar Di Pinggiran yang menjadi juara pada AJL pertama pada tahun 1986.

Sifu M. Nasir yang juga bertindak sebagai ketua juri turut tidak ketinggalan menghiburkan penonton dengan lagu juara pada tahun 1994 iaitu Tanya Itu Hud Hud dan juara 1997, lagu duetnya bersama Jamal Abdillah, iaitu Ghazal Untuk Rabiah.

Sebelum M. Nasir, penyanyi Nash terlebih dahulu membuat persembahan dengan lagu juara 1992 berjudul pada Syurga Di Wajahmu.


KEMUNCULAN Siti sebagai penyanyi undangan pada AJL 25 berjaya mengembalikan keindahan memori AJL sebelum ini.

Selepas persembahan 14 buah lagu daripada finalis, segmen interlud yang menampilkan tiga biduanita muzik Malaysia, Datuk Sharifah Aini yang mendendangkan lagu Kau Tinggi Di Awan Biru dan Oh Dimana bagi genre pop dan Ziana Zain dengan lagu berhantunya iaitu Anggapanmu dan Madah Berhelah bagi genre balada.

Persembahan Datuk Siti Nurhaliza dengan lagu Balqis, Nirmala dan Cindai bagi genre irama Malaysia membuat semua mata tertumpu kepadanya.

Bukan sahaja persembahan cukup menarik dengan gerak tarian tetapi lagu-lagu dendangannya membuat penonton teringat kembali persembahan hebatnya ketika bertanding di dalam AJL.

Tiga pengacara majlis tersebut, Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar dipertanggungjawabkan menjadi nadi penggerak AJL 25 dilihat menjalankan tugas dengan sempurna.

Selepas berakhirnya AJL 25, boleh dikatakan kru produksi kali ini menjalankan tugas dengan baik apabila tiada kejadian terputus siaran seperti tahun lalu dan gangguan audio yang ketara berlaku.

READ MORE- IMBASAN ANUGERAH JUARA LAGU 25

Isnin, 10 Januari 2011

Datuk Lee Chong Wei Keluar BAM?

Belum reda kisah Datuk Misbun.. timbul pula cerita Datuk Lee Chong Wei.. Jom baca petikan akhbar di bawah ini.


Keluar BAM: Chong Wei ‘tunggu dan lihat’

Kredit : Utusan Malaysia Online
10/01/2011 3:51pm

Oleh TAN MING WAI

SEPANG 10 Jan. - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berkata, dia masih belum memutuskan untuk mengikut jejak jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), sebaliknya memilih untuk 'tunggu dan lihat'.

Pemain No. 1 dunia itu ditemui pemberita sebentar tadi, selepas tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA) dari Taipei setelah menjuarai final Kejohanan Siri Super Masters final semalam. - Utusan
READ MORE- Datuk Lee Chong Wei Keluar BAM?

KEPUTUSAN ANUGERAH JUARA LAGU KE 25!

Malam yang dinanti-nanti telah tiba.. Malah Anugerah Juara Lagu ke 25 telahpun berakhir dengan penuh meriah. Pembuka tirai dimulakan dengan barisan juara tahun 86, 92, 94 dan 97 bersama lagu-lagu kemenangan mereka. Ianya pembukaan yang cukup mantap. Francissca Peter menyampaikan lagu Sekadar Di Pinggiran, Nash dengan lagu Pada Syurga Di Wajahmu, manakala M. Nasir dengan 2 buah lagu iaitu Tanya Sama Itu Hud Hud dan Ghazal Untuk Rabiah.

Gandingan pengacara Faizal Ismail, Ally Iskandar dan Cheril Samad memang best! Lawak serta celoteh bersahaja mereka yang ternyata menjadi berjaya mencuit hati para penonton..


Datuk Sharifah Aini, Ziana Zain dan Datuk Siti Nurhaliza menyerikan lagi majlis sementara menantikan keputusan para pemenang diumumkan.

Berikut adalah barisan pemenang Anugerah Juara Lagu ke 25. Adakah ianya menepati ramalan anda? Check it out!!!


PERSEMBAHAN TERBAIK

Wang tunai RM10,000 berserta trofi

HANYUT (FAIZAL TAHIR / Audi Mok / Faizal Tahir)



VOKAL TERBAIK

Wang tunai RM10,000 berserta trofi

NOKHTAH CINTA (HAFIZ / Ajai / Sheikh Qalam)



TEMPAT KETIGA

Wang tunai RM12,000 berserta trofi

NOKHTAH CINTA (HAFIZ / Ajai / Sheikh Qalam)


NAIB JUARA

Wang tunai RM15,000 berserta trofi

DRAMA KING (MEET UNCLE HUSSEIN & BLACK / Taja / Tun Teja)


JUARA

Wang tunai RM35,000 berserta trofi

TOLONG INGATKAN AKU (ANA RAFALLI)
READ MORE- KEPUTUSAN ANUGERAH JUARA LAGU KE 25!

Jumaat, 7 Januari 2011

Kontes Gempak Wan Hazel



Adqayyum nak join la contest Abg Wan ni..best..tingin sangat nak masuk..ok gamba dah boh tinggal gamba comel je..Adqayyum comel so gamba Adqayyum la...hehehe



Adqayyum suka guna gamba ni.look nice..ceh start darjah 6 ni speaking la pulak..hehehe..syarat2 dia pun senang nak tau tengok ni sini...sangat masyukkk..Adqayyum memang tingin nak frame ajax tu...tu la sebab Adqayyum p dekat Abg Wan..
READ MORE- Kontes Gempak Wan Hazel

Khamis, 6 Januari 2011

LAGI BERITA PASAL DATUK MISBUN SIDEK




ADQayyum minta maaf sebab tak dapat nak buat entry tiap-tiap hari sebab ADQayyum sudah mula bersekolah. Sekarang ADQayyum dah Darjah 6. UPSR tahun ni.. so, tak boleh banyak main lagi la..

Ok.. ADQayyum nak share berita pasal Datuk Misbun Sidek yang ADQayyum jadikan idola ni.. ADQayyum minat sukan badminton. Tapi.. Kenapa DMS buat camni ye?..

Sumber : Harian Metro Online

CERIA...Shabery (kiri) dan Nadzmi selepas pertemuan bersama berhubung isu BAM dan peletakan jawatan Misbun di Putrajaya, semalam.

KEMELUT membabitkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Datuk Misbun Sidek mungkin tidak akan berakhir dalam tempoh terdekat selepas jurulatih perseorangan negara itu tidak hadir dalam pertemuan dengan Presiden Datuk Mohd Nadzmi Salleh di Bukit Kiara, semalam.

Misbun yang sepatutnya hadir di Pejabat BAM langsung tidak menjawab sistem pesanan ringkas (SMS) serta panggilan daripada Pengurus Besar, Kenny Goh mengenai pertemuan itu. Difahamkan Misbun masih belum bersedia untuk bertemu sesiapa dalam tempoh dua tiga hari ini.

Kegagalan Misbun untuk hadir dalam pertemuan dengan Nadzmi itu mendorong Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta Presiden BAM itu hadir di kementeriannya di Putrajaya untuk memberikan penjelasan.

Jangkaan yang segala teka-teki berhubung kemelut peletakan jawatan Misbun itu akan terjawab di situ, bagaimanapun meleset apabila hanya Ahmad Shabery hadir di sidang media selepas pertemuannya dengan Nadzmi.

Nadzmi yang diiringi tiga orang kuat persatuan - Ng Chin Chai (Setiausaha Kehormat), Datuk James Selvaraj (Pengarah Prestasi Tinggi) dan Kenny - memilih untuk melarikan diri daripada wartawan tanpa memberi sebarang ulasan.

Malah, dalam sidang media itu, Ahmad Shabery juga gagal memberikan sebarang tanda positif kerana beranggapan selagi Nadzmi belum bertemu Misbun, segala-galanya tidak dapat dipastikan.

“Saya tidak dapat menjelaskan segala butiran mengenai perjumpaan saya dengan Nadzmi kerana tidak sesuai dibincangkan di sini. Tapi, yang pasti pertemuan beliau (Nadzmi) dengan Misbun yang sepatutnya berlaku hari ini (semalam) tidak menjadi kenyataan,” kata Ahmad Shabery.

“Jadi, saya rasa tidak wajar sebarang kenyataan dibuat kerana ia boleh mengeruhkan lagi keadaan.

“Walau apapun keputusan yang diambil, saya harap semua pihak mengutamakan kepentingan kepada negara.”

Ahmad Shabery kemudian mendedahkan yang beliau akan menemui Misbun di lokasi yang dirahsiakan, malam tadi untuk mendengar sendiri daripada mulut jurulatih itu mengenai tindakannya meletakkan jawatan.

Ahmad Shabery yang akan bertolak ke Sarawak hari ini berkata isu itu perlu ditangani dengan berhati-hati kerana beliau tidak mahu sebarang keputusan memalapkan badminton negara.

Beliau berkata, Nadzmi tenang ketika bertemunya, tapi mengakui buntu kerana Misbun tidak memberi sebarang alasan mengenai tindakannya meletakkan jawatan.

Ahmad Shabery turut menolak andaian negara terpaksa mencari pengganti Datuk Lee Chong Wei andainya pemain itu turut meninggalkan BAM kerana pemain nombor satu dunia itu masih sandaran terbaik Malaysia untuk meraih pingat emas pertama di Sukan Olimpik 2012 London.

“Jika Chong Wei keluar dari BAM, dia tetap membawa nama negara apabila beraksi di mana-mana pertandingan, terutamanya di kejohanan utama. Dia juga berhak untuk terus menerima bantuan daripada MSN (Majlis Sukan Negara),” katanya.

Apabila ditanya bilakah isu ini akan berakhir, Ahmad Shabery pantas meminta wartawan agar tidak meminta beliau memberikan tempoh waktu tertentu kerana penyelesaian terhadap kemelut ini mungkin mengambil masa.
READ MORE- LAGI BERITA PASAL DATUK MISBUN SIDEK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...