Pages


...Selamat Datang Ke Dunia Tanpa Bayangan...Di Mana Imaginasi Boleh Menjadi Realiti...Tinggalkan Komen Dan Jikalau Follow Maklumkan Di Jejak Tanpa Kasut atau Shoutbox Untuk Adqayyum Follow Anda...TQ...

Isnin, 21 Februari 2011

Gambar Azizulhasni Awang Tertusuk Kayu Betis Kaki Kiri



Gambar ngeri jaguh berbasikal negara Azizulhasni Awang yang tertusuk kayu di betis kaki kirinya. Kayu sepanjang 7 inci menembusi betis beliau ketika menyertai pertandingan kejohanan Tracking Cycling World Cup di National Cyling Centre, Manchester, England.

Walaupun cedera, anak muda ni tetap kuatkan semangat untuk terus berlumba dan meraih pingat gangsa dalam pertandingan tersebut.

Mengikut perkembangan terkini, Azizulhasni Awag selamat dibedah untuk mengeluarkan kayu tersebut dari betisnya di Hospital Manchester Royal Infirmary, semalam.

Kredit:Melvister

READ MORE- Gambar Azizulhasni Awang Tertusuk Kayu Betis Kaki Kiri

Undian Untuk Blogger Kacak/Cantik : Berikan Pendapat Anda!!

100% COPY DARI Blog Pilihan Malaysia

Sudah lama rasanya tidak buat undian dalam BPM ni, rindu rasanya. saya ada satu cadangan untuk membuat undian bagi anda semua pilih blogger kacak/cantik pilihan anda.

Blogger kacak adalah untuk blogger lelaki dan blogger cantik untuk blogger wanita.

Jadi dengan ini saya memerlukan pendapat anda sama ada bersetuju atau tidak jika saya buat undian ini? jika ada 100 orang yang bersetuju saya akan buat, jika kurang saya akan buat segmen lain, heheh..

Ini betul-betul tau bukan cubaan, kalau cukup 100 orang yang setuju saya akan buat..

p/s - sila hebahkan di blog anda..

Adqayyum setuju sangat..Mungkin Adqayyum x masuk blogger kacak sebab Adqayyum budak2 lagi..Maybe blogger Hensem boleh kot...hehehe but still Adqayyum sokong..

Anda boleh baca di SINI
READ MORE- Undian Untuk Blogger Kacak/Cantik : Berikan Pendapat Anda!!

Sabtu, 19 Februari 2011

ADQayyum Dapat Award Dari Penulis Skrip Mak Dara!

WoW! ADQayyum Follower ke 200 blog Bicara Mak Dara!

Mak Dara ni Penulis Skrip Terkenal tau. Hendak tahu lebih lanjut siapa Mak Dara ni, klik SINI untuk ke blog rasmi Mak Dara.

Terima kasih Aunty Ida a.k.a Mak Dara kerana berikan ADQayyum award yang cun tu! ADQayyum akan letak di sidebar.



READ MORE- ADQayyum Dapat Award Dari Penulis Skrip Mak Dara!

Jumaat, 18 Februari 2011

GELANGGANG RAJA LAWAK 5 MINGGU KE 7 : KUMPULAN LUCKY TERSINGKIR!

TUGASAN MINGGU INI BERTEMAKAN : RETRO (Mengimbau balik zaman 70an)

Sebelum persembahan dimulakan kedudukan carta terkini diungguli oleh Kumpulan Balas dengan 46% manakala Kumpulan R2 berada ditempat terakhir dengan 4%.

Ok.. Kita saksikan persembahan sekarang.. Maaf.. Bila anda baca entry ini persembahan dah berakhir ye.. :)

Persembahan berlangsung seperti berikut :

1. Kumpulan Lucky - Ok gak persembahan pembukaan ni.
2. Epy - Hmm.. tak tau nak komen. Komen juri pun ADQayyum tak dengar sebab tengok bola, Terengganu vs Kelantan at 801. Hehe.. sorii..
3. Kumpulan R2 - Afdlin Shauki puji persembahan Kumpulan R2 dan hendak tengok kumpulan ini menang Gelanggang Raja Lawak 7.
4. Nazmi - ADQayyum suka persembahan Nazmi minggu ini. David Teoh kata kalau ada filem Retro yang dia nak terbitkan maka Nazmilah bakal heronya. Kira baguslah persembahan Nazmi ni..

* Zizan maklumkan kedudukan carta sebelum persembahan tadi telah berubah secara drastik termasuklah kedudukan 3 terendah setelah Afdlin Shauku mengeluarkan kenyataan tadi.

5. Man - Memulakan persembahan dengan gimik lagu Wajah Kesayangan Hamba nyanyian Hail Amir dan meniru gaya Hail Amir.
6. Kumpulan Balas - Afdlin Shauki kategorikan sebagai lawak sengal..
7. Leman - David Teoh suruh berusaha dengan lebih kuat lagi..

Selesai sudah persembahan minggu ini, Bottom 3 pun diumumkan..

Epy, Man dan Kumpulan Lucky.

Minggu ini menyaksikan Kumpulan Lucky tersingkir dari meneruskan perjuangan merebut gelaran Raja Lawak 7.


Sayangla.. Kumpulan Lucky ok apa..

READ MORE- GELANGGANG RAJA LAWAK 5 MINGGU KE 7 : KUMPULAN LUCKY TERSINGKIR!

Selasa, 15 Februari 2011

100 BLOGGERS DIPERLUKAN!

Hari ini cuti sempena Maulidur Rasul. ADQayyum harap semoga cuti di hari yang mulia ini tidak disalahgunakan untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah..

Apa ADQayyum hendak buat hari ini ye?..

Haaa!.. ADQayyum hendak join 100 Bloggers Diperlukan yang dianjurkan oleh rakan maya ADQayyum iaitu saudara Yiedpozi. Jadi hari ini bolehlah BW dengan widget ini.. Thumbs up to Yiedpozi!
Blogwalking

Kepada yang hendak join pencarian 100 Bloggers ini, cepat-cepat KLIK SINI ok.. Widget ini memang best! Tq Yiedpozi.. :)

READ MORE- 100 BLOGGERS DIPERLUKAN!

Jumaat, 11 Februari 2011

GELANGGANG RAJA LAWAK 5 MINGGU KE 6 : KUMPULAN PUKAW TERSINGKIR!

Tugasan diberikan oleh Zizan dan Johan kepada peserta Raja Lawak 2 jam sebelum persembahan bermula. Tajuk minggu ini adalah SPONTAN. Barangan telah diberikan sebelum persembahan bermula semasa menerima tugasan.

Wow! Macam bestkan.. Ok.. Maka ADQayyum pun menontonlah Gelanggang Raja Lawak Minggu Ke 6 ini yang disiarkan oleh ASTRO Secara Live..

Persembahan dimulakan oleh Epy dengan roda basikal.
Kumpulan R2 dengan ..hmm panggil apa ye.. ala kasut menyelam tu dan tong sampah
Man dengan tudung saji
Kumpulan Pukaw dengan bola, pembaris gergasi dan pensil gergasi
Kumpulan Lucky dengan senduk, jaring 'basketball' dan pelampung
Nazmi dengan mop lantai
Leman dengan lampu minyak gas atau lampu gasolin
Kumpulan Balas dengan kipas berdiri dan gelung 'hulla hup'

3 peserta terendah minggu ini adalah Kumpulan Lucky, Epy dan Kumpulan Pukaw.


Maka berakhirlah Gelanggang Raja Lawak 5 Minggu Ke 6 ini selepas Kumpulan Pukaw diumumkan tersingkir dari meneruskan perjuangan merebut gelaran Raja Lawak 5.
READ MORE- GELANGGANG RAJA LAWAK 5 MINGGU KE 6 : KUMPULAN PUKAW TERSINGKIR!

Ahad, 6 Februari 2011

TORRES SEDIH DILABEL KAKI PEMBELOT

TORRES (kanan) bergambar bersama pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti pada sidang media khas di Cobham, England kelmarin.

LONDON - "Saya bukan kaki pembelot."

Demikian tegas bintang baru Chelsea, Fernando Torres menjelang pertemuan menentang bekas kelabnya, Liverpool pada aksi Liga Perdana England di Stamford Bridge malam ini.

Terdahulu, penyerang antarabangsa Sepanyol itu telah dikritik hebat oleh beberapa pemain legenda Liverpool kerana meninggalkan Anfield dan menyertai Chelsea dengan harga £50 juta (RM246.5 juta).

Begitupun, Torres yang dijangka membuat penampilan sulungnya bersama skuad The Blues malam ini berkata: "Saya tidak rasa ia adil untuk memanggil saya sebagai pembelot, meskipun ia adalah pandangan mereka.

"Saya tidak akan berkata buruk tentang mana-mana bekas pemain Liverpool atau pegawai kelab itu. Mereka boleh kata apa yang mereka mahu.

"Tetapi perkataan pembelot itu tidak masuk akal langsung. Saya mengharungi tiga musim yang menakjubkan di sana (Anfield).

"Saya sanggup melepaskan gaji yang tinggi, menjaringkan banyak gol dan beraksi dengan baik bersama Liverpool. Saya gembira dengan apa yang yang telah saya lakukan di sana.

"Saya faham ia situasi yang sukar tetapi saya harus fikir tentang karier saya sebagai pemain bola sepak. Ia satu langkah ke hadapan dan semua orang bersetuju dengan pendapat saya," kata Torres.

Menurut Torres, kapten Liverpool, Steven Gerrard yang pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea sebelum ini turut bersetuju dengan keputusannya untuk berhijrah.

"Stevie adalah orang pertama yang menelefon saya dan menyokong saya," kata Torres.

"Sama ada saya pergi atau kekal di Anfield, dia tetap membantu dan menyokong saya, mungkin kerana dia pernah merasai situasi yang sama suatu ketika dulu."- Agensi

Sumber : Kosmo! Online
READ MORE- TORRES SEDIH DILABEL KAKI PEMBELOT

Sabtu, 5 Februari 2011

BLOGLIST JOM BERNAKAL



ADQayyum nak join Bloglist Lagenda Budak Nakal! Mesti! Mesti!

ADQayyum akan cuba update blog dengan 1 entry 1 hari tetapi kadang-kadang kalau homework tak banyak.. boleh jadi 2 3 entry 1 hari.. Hope En. Nakal ok ye ADQayyum macam tu..

Oleh itu ADQayyum memilih untuk menyertai kategori Budak Nakal Aktif (Boy)!

I'm done! ADQayyum nak pergi letak url entry ini di blog En. Nakal SEKARANG! :)
READ MORE- BLOGLIST JOM BERNAKAL

Jumaat, 4 Februari 2011

GELANGGANG RAJA LAWAK 5 MINGGU KE 5 : TIADA PENYINGKIRAN!

TEMA : MUZIKAL KOMEDI

Persembahan semua peserta semakin mantap dan keputusannya oklah.. sebab walau peserta 3 di bawah adalah MAN, PUKAW dan BALAS tetapi TIADA PENYINGKIRAN untuk minggu ini. Mungkin sebab mereka semua itu sepatutnya tidak layak berada di 'bottom 3'?.. Hmm.. ntahlah..

Tapi ADQayyum memang suka sungguh dengan pengacara rancangan Raja Lawak ini iaitu JOZAN atau Johan dan Zizan. Kalau ikutkan ADQayyum persembahan mereka selalu lebih menonjol dari para peserta Raja Lawak itu sendiri. Cayalah Abang Johan dan Abang Zizan! Abang berdua memang TERBAEKKK!
READ MORE- GELANGGANG RAJA LAWAK 5 MINGGU KE 5 : TIADA PENYINGKIRAN!

Rabu, 2 Februari 2011

DADAH: VOKALIS KUMPULAN ROCK TERKENAL DIREMAN TUJUH HARI

Kawan-kawan! Jauhi DADAH ok. Dadah musuh negara!

Dadah: Vokalis kumpulan rock terkenal direman tujuh hari
Sumber : Utusan Malaysia Online
02/02/2011 8:12pm

Oleh AMRAN MULUP
MELAKA 2 Feb. – Seorang vokalis sebuah kumpulan rock terkenal dan isterinya yang disyaki memiliki dadah ditahan reman selama tujuh di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh di sini hari ini bagi membantu siasatan.

Artis berusia 43 tahun, isterinya, 31, bersama seorang anaknya berusia empat tahun ditahan polis ketika menginap di sebuah hotel bajet di Melaka Raya di sini, petang semalam.

Utusan Malaysia difahamkan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah yang menyerbu bilik penginapan artis berkenaan hasil maklumat orang awam telah menjumpai sejumlah dadah jenis syabu dan ganja dalam sebuah beg. – Utusan
READ MORE- DADAH: VOKALIS KUMPULAN ROCK TERKENAL DIREMAN TUJUH HARI

BERITA DARI MESIR: PELAJAR MALAYSIA KOMUNIKASI GUNA FACEBOOK, BLOG

Sekarang ni kecoh fasal keadaan di Mesir. ADQayyum tak berapa faham tapi yang pasti pasal politik jugalah punca semua ini. Risaulah.. Tak mahulah semua itu terjadi di Malaysia. Bila ADQayyum baca berita ini tadi, rasa lega sedikit. Mujur ada blog dan facebook ini kan. Terima kasih kepada orang yang wujudkan blog khas ini. ADQayyum pun dah jadi follower blog ini. Kesian abang-abang dan kakak-kakak yang berada di sana. Semoga semuanya selamat. Amin!

Mesir: Pelajar Malaysia berkomunikasi guna facebook, blog
Sumber : Utusan Malaysia Online
02/02/2011 8:54pm

KUALA LUMPUR 2 Feb. — Pelajar Malaysia yang terperangkap di Mesir menggunakan aplikasi internet seperti Facebook dan blog untuk menghebahkan tentang keadaan mereka dan berhubung antara satu sama lain.

Salah satu laman Facebook yang telah dicipta oleh pelajar ialah “Selamatkan Pelajar Dan Rakyat Malaysia Di Mesir” dan blog yang boleh dilayari di http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com.

Laman sosial Facebook dan blog tersebut diilhamkan sendiri pelajar di samping mereka menubuhkan Skuad Jawatankuasa Perhubungan Sementara Pelajar Mesir dan Malaysia.

Status terbaru di laman Facebook itu meminta pelajar yang telah selamat sampai di Malaysia atau berlindung di mana-mana negara jiran agar melaporkan keadaan mereka.

Facebook itu juga melaporkan terdapat lebih kurang 20 orang pelajar Malaysia telah selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 2 petang tadi melalui penerbangan Gulf Air.

Laman itu juga memaklumkan bahawa dua orang pelajar Malaysia berjaya menaiki kapal terbang dari Lapangan Terbang Alex menggunakan Kuwait Airways hari ini.

Sehingga jam 7 malam tadi, laman tersebut setakat ini telah mengumpul 46,540 pengikut yang ada antara mereka mempunyai saudara, rakan atau ahli keluarga di Mesir. — Bernama
READ MORE- BERITA DARI MESIR: PELAJAR MALAYSIA KOMUNIKASI GUNA FACEBOOK, BLOG
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...