...Selamat Datang Ke Dunia Tanpa Bayangan...Di Mana Imaginasi Boleh Menjadi Realiti...Tinggalkan Komen Dan Jikalau Follow Maklumkan Di Jejak Tanpa Kasut atau Shoutbox Untuk Adqayyum Follow Anda...TQ...

Selasa, 29 November 2011

Kembar Zizan Raja Lawak??

Tak sangka rupa-rupanya zizan nih ada kembar..
Dok oversea pulak tuh..
sejibik plak tuh!

Korang Tau Siapa Barry Manilow?
Barry Manilow (born June 17, 1943) is an American singer-songwriter, musician, arranger, producer, conductor, and performer, best known for such recordings as "Could It Be Magic", "Mandy", "Can't Smile Without You", and "Copacabana (At the Copa)."

READ MORE- Kembar Zizan Raja Lawak??

OGY AHMAD DAUD NAK SAMAN JOHAN RAJA LAWAK!


KUALA LUMPUR – Diva industri hiburan tanahair, Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy bakal mengambil tindakan saman terhadap pelakon komedi, Johan Raja Lawak, atas beberapa insiden ketika sama-sama menjadi pengacara di Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM 24), baru-baru ini.

Difahamkan bahawa Ogy telah berbincang dengan peguam peribadinya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Johan kerana mempersendakan kedua arwah ibubapanya, mempermainkan tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW dan memperkecilkan dirinya sebagai pelakon yang lebih senior.

Ogy juga menyifatkan kenyataan-kenyataan Johan itu sebagai kurang ajar, satu penghinaan dan beliau tidak mampu untuk bertolak ansur dengan kebiadapan pasangan pengacaranya malam itu.

“Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.

“Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu,” katanya yang dipetik dari laman blog terkenal, Beautifulnara.com, semalam.

Menurut Ogy lagi, beliau tidak dapat memaafkan Johan sekalipun pelawak itu datang meminta maaf darinya dan berharap agar tindakannya itu akan menjadi pengajaran kepada Johan dan artis baru yang lain.

“Saya berpegang pada hak asasi manusia. Tidak kira siapa pun, kalau mereka telah memperlekehkan maruah diri dan ibu bapa saya, saya tidak akan bertolak-ansur.

“Biar dia datang minta maaf sekali pun, saya tidak akan layan. Sebab seseorang harus bangkit memberi pengajaran kepada budak baru seperti dia yang tak tahu apa makna menghormati,” tekad Ogy.

Selain itu, beliau tidak menafikan tentang bakat komedi yang ada pada Johan yang membuat penonton tidak kering gusi dan terhibur malam itu biarpun pelawak terkenal itu lewat hadir tiga jam ketika sesi latihan dijalankan.

“Saya tahu dia berbakat untuk buat lawak tetapi cara dia melampau. Sudahlah masa latihan sebelum majlis berlangsung dia datang lewat.

“Kami diminta datang pukul 3 petang, dia sampai pukul 6 petang. Macam mana tu? Tiga jam saya menunggu, tetapi dia langsung tidak minta maaf pada saya.

“Pembantu peribadi dia yang malu dan berkali-kali minta maaf dari saya. Mana budi bahasa? Tetapi saya sedikit pun tidak bising pada dia,” katanya lagi.

Bagaimanapun, pemilik laman blog hiburan itu yang dikenali sebagai Abang Nara berpendapat bahawa Ogy tidak wajar mengambil tindakan saman terhadap Johan kerana insiden sedemikian dan memadai dengan teguran di media sahaja.

Selain itu, kami juga sependapat dengan Abang Nara memandangkan bahawa Ogy juga dikenali sebagai salah seorang artis yang bermulut ‘laser’ sebelum ini dan kadangkala terlepas cakap sehingga melukakan segelintir teman artis yang lain.

Mengambil iktibar dari sifat memaafkan saudara seagama seperti yang dianjurkan Rasulullah SAW, apakah salah sekiranya Ogy memaafkan ketelanjuran Johan yang sedang menimba ilmu dari seorang artis yang berpengalaman sepertinya berbanding mengambil tindakan undang-undang yang mungkin akan mengundang permusuhan sesama artis.

READ MORE- OGY AHMAD DAUD NAK SAMAN JOHAN RAJA LAWAK!

Rabu, 23 November 2011

Keputusan Olimpik 2012-Malaysia vs Indonesia 23.11.2011

Hari ni ADQayyum tengok bola dengan pakcik ADQayyum lagi..

Macam korang semua tau..Selepas Malaysia tumpas kepada tuan rumah Jepun pada perlawanan pertama peringkat kumpulan pada 21 September dalam pemburuan ke slot sukan Olimpik, hari ini Malaysia bakal melalui perlawanan kedua peringkat kumpulan dengan melayan kunjungan Syria.

Perlawanan malam ini akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada pukul 8:45 malam.

Malaysia 0 – 2 Syria

(tamat perlawanan)

READ MORE- Keputusan Olimpik 2012-Malaysia vs Indonesia 23.11.2011

Selamanya Harimau Malaya ( With Lyric ).FLV

lagu yang selalu dinyanyikan oleh Utras dengan penuh semangat di stadium..
semoga ia memberikan semangat untuk malaysia..

READ MORE- Selamanya Harimau Malaya ( With Lyric ).FLV

Selasa, 22 November 2011

Malaysia vs Indonesia highlights penuh perlawanan sukan sea 2011. 21.11.11

ADQayyum semalam tengok bola dengan pakcik ADQayyum..,masih teringat jaringan-jaringan yang dilakukan kedua-dua pihak..Sebab itu ADQayyum letakkan highlight ni untuk pembaca sekalian.. Di bawah adalah video highlight penuh perlawanan yang berlangsung malam tadi. Sekali lagi tahniah kepada skuad negara!


READ MORE- Malaysia vs Indonesia highlights penuh perlawanan sukan sea 2011. 21.11.11

Keputusan Malaysia vs Indonesia Final Bola Sepak Sukan Sea 26 2011

Keputusan Bola Sepak Sukan Sea 26 Malaysia vs Indonesia - Final Malaysia vs Indonesia Bola Sepak Sukan Sea 26 - Keputusan Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan Sea 26 2011 Malaysia vs Indonesia - Malaysia vs Indonesia Sukan Sea 26 - Keputusan Final Malaysia vs Indonesia Sukan Sea 26 2011 - Keputusan Akhir Malaysia vs Indonesia Bola Sepak Sukan Sea 26 - Keputusan Perlawanan Akhir Bola Sepak Malaysia vs Indonesia Sukan Sea 26 2011 - Keputusan Malaysia vs Indonesia Final Bola Sepak Sukan Sea 26 2011

Gambar dari page Info & Ranking Bola Sepak Malaysia

Keputusan Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan Sea 26 2011 Malaysia vs Indonesia

Yes! Yes! Yes! Malaysia Menang!!!!!

Akhirnya terjawab sudah teka-teki di atas milik negara manakah kejayaan perlawanan akhir Bola Sepak Sukan Sea 26 2011 antara Malaysia vs Indonesia ini. Sekali lagi musuh tradisi ini bertemu untuk membuktikan keunggulan pasukan bola sepak negara masing-masing tapi ternyata Harimau Muda Malaysia tetap mengaum dengan hebatnya untuk mempertahankan pingat emas yang telah menjadi milik kita sebelum ini.

Tahniah kepada pasukan Malaysia yang telah bermain dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Kejayaan ini sekaligus berjaya menyumbang pingat emas ke 59 untuk Malaysia walau hakikatnya mereka terpaksa bermain di bawah tekanan para penyokong Indonesia.

AKHIRNYA!!!!

KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR BOLASEPAK SUKAN SEA 2011

(35' Asraruddin) Malaysia 1 - 1 Indonesia (5' Gunawan)

Penalti : Malaysia 4 - 3 Indonesia

Pingat Emas : Malaysia ~ Emas ke 59 buat Malaysia!!!
Pingat Perak : Indonesia

READ MORE- Keputusan Malaysia vs Indonesia Final Bola Sepak Sukan Sea 26 2011

Jumaat, 18 November 2011

KEPUTUSAN MUZIK-MUZIK 26 SEMI FINAL

KEPUTUSAN MUZIK-MUZIK 26 SEMI FINAL


KEPUTUSAN PENUH SEPARUH AKHIR MUZIK-MUZIK 26 18 NOV 2011| KEPUTUSAN TERKINI MUZIK-MUZIK 26 | Lagu - lagu yang akan dipertandingkan jam 9 malam ini adalah seperti berikut :

BABAK PERTAMA (DRAMA)
DI PENGHUJUNGNYA (IQA)
MATA HATI (NUBHAN)
JANJI (AKIM)
KISAH HATI (ALYAH)
KIAH DONGENG (STACY)
GADIS SEMASA (YUNA)
MAAF DARI HATI (SOFAZR)
MUDA (HUJAN)
AWAN NANO (HAFIZ)
BERIBU SESALAN ( NING BAIZURA, JACK & SHILA AMZAH)

5 YANG LAYAK MEMASUKI FINAL

ALYAH-KISAH HATI

NUBHAH-MATA HATI

( NING BAIZURA, JACK & SHILA AMZAH)-BERIBU SESALAN

HAFIZ-AWAN NANO

YUNA-GADIS SEMASA
READ MORE- KEPUTUSAN MUZIK-MUZIK 26 SEMI FINAL

Presiden FAM yakin Malaysia pertahan emas bola sepak Sukan SEA

Presiden FAM yakin Malaysia pertahan emas bola sepak Sukan SEA

Inilah sambungan daripada ADQayyum...

KUANTAN: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yakin skuad bola sepak negara akan dapat mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-26 yang sedang berlangsung di Indonesia.

Baginda berkata, prestasi unggul pada aksi kumpulan A membuktikan pasukan Malaysia kini adalah pasukan pilihan untuk muncul juara pada edisi Sukan SEA kali ini.
"Malaysia akan bertemu Myanmar pada saingan separuh akhir dan saya yakin kita akan menang 2-0," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan dewan baru Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan, di sini, hari ini.
Sultan Ahmad berkata, skuad bawah 23 tahun negara kini dalam kedudukan paling konsisten dan mampu menewaskan mana-mana pasukan pada aksi separuh akhir dan akhir nanti.

Bagaimanapun baginda berharap semua pemain tidak leka dengan kejayaan menjuarai kumpulan A, sebaliknya bekerja keras mengekalkan tahap kecergasan dan prestasi sedia ada.

Pada perlawanan semalam, jaringan tunggal Syahrul Azwari Ibrahim meletakkan skuad Malaysia menjuarai kumpulan A selepas menumpaskan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Skuad bawah 23 negara akan bertemu naib juara kumpulan B, Myanmar, sementara tuan rumah Indonesia akan bertemu juara kumpulan B yang juga naib juara bola sepak Sukan SEA 2009, Vietnam pada perlawanan peringkat separuh akhir Sabtu ini. - BERNAMA
READ MORE- Presiden FAM yakin Malaysia pertahan emas bola sepak Sukan SEA

Presiden FAM yakin Malaysia pertahan emas bola sepak Sukan SEA

Presiden FAM yakin Malaysia pertahan emas bola sepak Sukan SEA

Inilah sambungan daripada ADQayyum...

KUANTAN: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yakin skuad bola sepak negara akan dapat mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-26 yang sedang berlangsung di Indonesia.

Baginda berkata, prestasi unggul pada aksi kumpulan A membuktikan pasukan Malaysia kini adalah pasukan pilihan untuk muncul juara pada edisi Sukan SEA kali ini.
"Malaysia akan bertemu Myanmar pada saingan separuh akhir dan saya yakin kita akan menang 2-0," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan dewan baru Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan, di sini, hari ini.
Sultan Ahmad berkata, skuad bawah 23 tahun negara kini dalam kedudukan paling konsisten dan mampu menewaskan mana-mana pasukan pada aksi separuh akhir dan akhir nanti.

Bagaimanapun baginda berharap semua pemain tidak leka dengan kejayaan menjuarai kumpulan A, sebaliknya bekerja keras mengekalkan tahap kecergasan dan prestasi sedia ada.

Pada perlawanan semalam, jaringan tunggal Syahrul Azwari Ibrahim meletakkan skuad Malaysia menjuarai kumpulan A selepas menumpaskan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Skuad bawah 23 negara akan bertemu naib juara kumpulan B, Myanmar, sementara tuan rumah Indonesia akan bertemu juara kumpulan B yang juga naib juara bola sepak Sukan SEA 2009, Vietnam pada perlawanan peringkat separuh akhir Sabtu ini. - BERNAMA
READ MORE- Presiden FAM yakin Malaysia pertahan emas bola sepak Sukan SEA

Piranha gigit 15 perenang

Fuyyooo!! Jangan main-main ye. Ikan piranha tu.. Goreng buat ikan bakar baru tau.. Tapi, ada ke yang sanggup makan? Buatnya dalam perut dia ada jari kaki orang macamana? Huhuhu.. Tak sanggup. Uwekk..


Piranha

Spesies Maging Mengganas Di Brazil

SAO PAULO: Beri-ribu ikan piranha daripada spesies maging memenuhi pantai popular di barat Brazil dan menggigit sehingga putus ibu jari kaki sekurang-kurangnya 15 perenang.

Pihak berkuasa di bandar Caceres di Mato Grosso berkata ini adalah kali pertama mereka berdepan masalah piranha di pantai Daveron di sungai Paraguay, selepas ikan agresif itu berkumpul sejak dua minggu lalu.

“Penduduk perlu berhati-hati. Jika digigit, mereka perlu keluar segera dari air bagi mengelakkan darah tersebar,” kata anggota bomba Raul Castro de Oliveira, kepada laman web G1 Globo TV.

Antara mangsa yang digigit pada Ahad lalu ialah Elson de Campos Pinto, 22.

“Saya menyelam dalam sungai dan tiba-tiba saya merasa sakit pada kaki. Saya berlari keluar dari sungai sebaik menyedari kehilangan hujung ibu jari kaki. Saya bimbang akan diserang lagi kerana kaki berdarah,” katanya.

Pihak berkuasa bandar berkata pantai itu akan dibuka kerana ia adalah tarikan penting pelancong di rantau Pantanal Brazil, terkenal kerana pelancongan ekologi.

Setiap September, Caceres menganjurkan pesta perikanan terbesar, acara seminggu yang menarik 200,000 pelancong untuk memancing dan menikmati konsert.

Pegawai keselamatan sudah memasang tanda amaran kepada orang ramai supaya berwaspada jika berenang. – AP/Agensi



Sumber : Berita Harian Online

READ MORE- Piranha gigit 15 perenang

Khamis, 17 November 2011

Keputusan Sukan Sea,Malaysia vs Indonesia 17.November.2011


Keputusan Malaysia vs Indonesia

Malaysia 1 {} Indonesia 0

Jaringan

Separuh Masa Pertama

Shahrul Azwari (Malaysia)

Jaringan

Separuh Masa Kedua

Tiada jaringan

READ MORE- Keputusan Sukan Sea,Malaysia vs Indonesia 17.November.2011

Isnin, 14 November 2011

Lirik Lagu Tiga Kata - KRU

Lirik Lagu Tiga Kata ~ KRU

Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar

Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta

Chorus
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta kamu
Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta

Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi kenapa sukar meluahkan rasa
Berikan mereka tahu
Andainya hari esok
Ditakdirkan berpisah

Ulang Chorus

(Rap)

Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan dengan mereka di sisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga mempunyai bahu sedia untuk kita bersandar
Pejamkan matamu
Lihatlah di hatimu semua kasih terhimpun dibiarkan terkurung
Jadi luahkan sekarang luahkan

Ulang Chorus

Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta kamu
Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta (Aku cinta padamu)

Wo ai ni
I love you
READ MORE- Lirik Lagu Tiga Kata - KRU
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...