...Selamat Datang Ke Dunia Tanpa Bayangan...Di Mana Imaginasi Boleh Menjadi Realiti...Tinggalkan Komen Dan Jikalau Follow Maklumkan Di Jejak Tanpa Kasut atau Shoutbox Untuk Adqayyum Follow Anda...TQ...

Sabtu, 24 Disember 2011

Tarikh Nikah Yusry KRU & Lisa Surihani : 23 Februari 2012

Yusri KRU dan Lisa Surihani Bernikah Pada 23 Februari 2012


Yusry KRU & Lisa Surihani akan bernikah pada 23 Februari 2012 dan akan menjalankan resepsi perkahwinan pada 26 Februari 2012. Mereka ditemui ketika sidang media khas sebentar tadi di Marriot Putrajaya Resort & Spa.

Turut hadir pada sidang media khas tersebut adalah ahli keluarga Yusry KRU dan juga ibu Lisa Surihani. Yusry KRY akui yang keluarga beliau sudah mengunjungi keluarga Lisa Surihani untuk menghantar tanda. Dan, majlis sidang media pengumuman khas ini memang untuk mengumumkan tarikh pernikahan mereka.



Majlis pernikahan Yusry KRU & Lisa Surihani akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan resepsi perkahwinan akan di’adakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Yusry KRU berkata mereka mengenal hati budi menerusi BBM (Blackberry Messenger) dan mereka sebenarnya serius dalam hubungan ini sejak berkenalan.

Lisa Surihani memberitahu yang Yusry KRU pada awal perkenalan tidak flirting (mengorat, dalam Bahasa Rempit) dan hubungan mereka bermula dengan perbualan berkisar tentang kerja — dan matang.

Menjawab soalan tentang hak penyiaran majlis perkahwinan yang di’khabarkan berada di tangan Astro, Yusry KRU berkata beliau tidak boleh menjawab soalan ini secara langsung.

Berkenaan penaja, Yusry KRU berkata mereka masih belum berbincang dengan mana mana pihak tetapi tidak menolak sebarang tawaran tetapi masih mahukan majlis perkahwinan yang simple but elegant.

Seorang wartawan melontarkan soalan tentang apa sebenarnya yang Lisa Surihani lakukan sehingga boleh membuatkan Yusry KRU menjadi seorang lelaki yang sangat gembira.

Yusry KRU memberitahu yang mereka sebenarnya saling mencintai sepenuh jiwa antara satu sama lain dan sikap Lisa Surihani yang sentiasa menyokong kerjaya beliau.

Rotikaya

READ MORE- Tarikh Nikah Yusry KRU & Lisa Surihani : 23 Februari 2012

Ramli MS Pindah Dari Hotel Selepas 10 Tahun Menginap

Ramli MS Berpindah Selepas 10 Tahun Tinggal Di Hotel


PETALING JAYA: Akhirnya, konduktor muzik terkenal, Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS, membuat keputusan untuk berpindah ke rumah yang baru dibelinya awal tahun depan selepas 10 tahun menetap di sebuah hotel.

Ramli berkata, sudah sampai masanya untuk dia memikirkan masa depan dengan memiliki sebuah rumah yang selesa agar dapat tinggal bersama ibunya yang masih lagi menetap di Singapura.

“Antara sebab saya tinggal di hotel selama ini kerana kemudahan yang disediakan memudahkan saya yang sentiasa sibuk menguruskan kerjaya seni dan tidak perlu nak fikir tentang masalah rumah bersepah, keselamatan dan sebagainya.



“Bagaimanapun, saya juga perlu memikirkan tentang masa depan. Insya-Allah saya akan membawa ibu bersama-sama untuk berpindah sekitar bulan Januari atau Februari akan datang,” katanya ketika ditemui di hotel penginapan di sini.

Tambah Ramli, dia juga akan mengubahsuai salah satu bilik di rumah itu untuk dijadikan sebuah studio mini bagi memudahkan dirinya untuk menghabiskan kerja-kerja seninya itu.

Dalam pada itu, Ramli menafikan sekeras-kerasnya bahawa perpindahan tersebut dibuat kerana bakal menamatkan zaman dudanya.

“Sikap saya lain, banyak perkara yang perlu diuruskan dulu seperti anak-anak, kerjaya dan urusan pembelian rumah baru. Jadi saya tak terfikir pun untuk berkahwin buat masa ini.

“Tapi semestinya saya mahu kahwin satu hari nanti,” katanya berseloroh.

Bercerita tentang hidupnya sepanjang 10 tahun menetap di hotel, Ramli berkata tiada memori yang indah untuk diingati dek kerana terlalu fokus dengan kerjayanya, tetapi gembira, pekerja hotel sentiasa melayannya dengan baik.

“Memandangkan sudah lama saya tinggal di sini, mereka telah memberi kebebasan untuk saya.

“Bayangkan, mereka turut membenarkan saya memasak di dapur hotel. Alhamdulillah, saya dilayan dengan baik. Mungkin selepas berpindah nanti saya akan rasa perbezaannya.

“Lebih-lebih lagi dari segi penjagaan dan sekuriti rumah. Harap-harap saya dapat menguruskannya dengan baik,” kata Ramli.

mStar

READ MORE- Ramli MS Pindah Dari Hotel Selepas 10 Tahun Menginap

Khamis, 22 Disember 2011

Saintis temui dua planet baru bersaiz bumi

Saintis temui dua planet baru bersaiz bumi


NEW YORK: Saintis menemui dua planet bersaiz bumi yang yang berada di orbit bintang di luar
sistem solar, sekali gus petanda positif dalam misi penerokaan mencari planet baru yang boleh
didiami manusia selain bumi.


Penemuan itu menunjukkan planet seperti itu wujud dan ia boleh dikesan, kata saintis, Francois
Fressin dari Pusat Kajian Astrofizik Harvard-Smithsonian.
Beliau berkata, kedua-dua planet itu tergolong sebagai planet terkecil dalam orbit bintang yang mengelilingi matahari yang dikesan setakat ini.
Saintis sejak sekian lama berusaha mencari planet berpotensi bersaiz bumi yang boleh dihuni manusia dan mahluk bernyawa lain.

Penemuan Fressin itu dilaporkan dalam jurnal online - Journal Nature semalam.

Satu daripada planet itu hanya tiga peratus lebih besar daripada ukur lilit bumi manakala satu lagi antara 10 peratus lebih besar dari bumi.

Kedua-dua planet itu dilaporkan mempunyai permukaan batu-batan yang mirip bumi.
"Namun suhunya terlalu panas untuk membolehkan hidupan bernyawa tinggal kerana suhunya dianggarkan antara 815 hingga 426 darjah selsius," kata Fressin.

Beliau berkata, jika adapun tumbuhan atau hidupan bernyawa di planet itu, ia kemungkinan sebagai bakteria atau hidupan yang tidak diketahui.

Sejak NASA menjalankan misi mencari planet baru menerusi teleskop gergasi Kepler, agensi angkasa itu sudah menemui puluhan planet bersaiz bumi.

Namun penemuan Fressin itu adalah yang pertama mempunyai pengesahan, kata Alan Boss dari Institut Sains Carnegie di Washington.

Beliau juga salah seorang anggota pasukan saintis Kepler.

Kedua-dua planet itu dinamakan sebagai Kepler-20e dan Kepler-20f. - AP
READ MORE- Saintis temui dua planet baru bersaiz bumi

Jay-Z beli kereta kalis peluru


PENYANYI Rap, Jay-Z, merancang membeli sebuah kenderaan yang mampu melindungi isterinya, Beyonce yang sedang sarat mengandung cahaya mata pertama hasil perkahwinan mereka.

Menurutnya, dia meminta nasihat daripada aktor terkenal, Tom Cruise, berkaitan kenderaan yang mahu dibelinya itu memandangkan pelakon itu juga menggunakan kenderaan keselamatan tersebut.

“Saya sedang mencari kenderaan sama seperti digunakan Tom Cruise sebagai persediaan melindungi keluarga saya. “Apa yang penting kenderaan tersebut mestilah kalis peluru dan mampu melindungi keluarga saya daripada sebarang bahaya,” katanya.

Selain itu, Jay-Z turut merancang membeli sebuah rumah di Florida yang bernilai USD24juta. AKTRES popular, Jennifer Aniston, tidak puas hati apabila
kehidupan peribadinya dicerobohi.

Pelakon sitkom Friends ini, kesal apabila pangsapuri yang diduduki bersama kekasihnya, Justin Theroux, sering dikerumuni peminat dan juru gambar. Menurut sumber, situasi itu membuatkan Jennifer berasa rimas dan tidak selesa.

"Terlalu ramai peminat berlegar-legar di sekitar kediaman itu hingga menjejaskan kehidupan seharian bersama kekasihnya itu.

"Jennifer mula sedar dia terlalu dikenali dan tidak sesuai untuk mendiami pangsapuri itu," kata Sumber. Aktres wanita itu merancang berpindah rumah baru di New York yang lebih selamat.

Sumber : Sinar
READ MORE- Jay-Z beli kereta kalis peluru

Selena Gomez and The Scene "Love You Like A Love Song"

SELENA GOMEZ & THE SCENE

"Love You Like A Love Song"


[Verse 1]
It's been said and done
Every beautiful thought's been already sung
And I guess right now here's another one
So your melody will play on and on, with the best of 'em
You are beautiful, like a dream come alive, incredible
A centerfold miracle, lyrical
You've saved my life again
And I want you to know baby

[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat-peat

I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat-peat

[Verse 2]
Constantly, boy you played through my mind like a symphony
There's no way to describe what you do to me
You just do to me, what you do
And it feels like I've been rescued
I've been set free
I am hypnotized by your destiny
You are magical, lyrical, beautiful
You are... And I want you to know baby

[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat-peat

I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat-peat

[Bridge]
No one compares
You stand alone, to every record I own
Music to my heart that's what you are
A song that goes on and on

[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat-peat

I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

I love you...like a love song...

READ MORE- Selena Gomez and The Scene "Love You Like A Love Song"

Malaysia perbaiki ranking FIFA, naik tujuh anak tangga

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak kebangsaan mengakhiri tahun 2011 di kedudukan ke-148 ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), naik tujuh anak tangga berbanding bulan lalu.

Peningkatan ranking pasukan negara itu adalah hasil beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa yang diatur Persatuan Bolasepak Malaysia sepanjang tahun ini.

Menurut ranking terbaru FIFA yang dikeluarkan hari ini, Malaysia memungut tambahan tujuh mata selepas perlawanan persahabatan itu.

Bagaimanapun, kedudukan terbaik skuad negara tahun ini adalah pada Mac lalu iaitu di tangga ke-138, yang pada hakikatnya masih jauh berbanding kedudukan terbaik Malaysia di tangga ke-75 pada 1993.


Menerusi kedudukan terbaru itu, pasukan negara kini setanding dengan negara seperti Singapura (145), Turkmenistan (146), Lesotho (147), Samoa (149) dan Equatorial Guinea (150) dan lain-lain yang diketahui mempunyai kekurangan infrastruktur asas seperti padang, stadium dan peralatan sukan.


Pada kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada di tempat kelima di belakang Vietnam (99), Thailand (122), Indonesia (142) dan Singapura (145).

Pada peringkat Asia, kedudukan Malaysia turut naik tiga anak tangga ke kedudukan ke-24 daripada 46 negara, berbanding tempat ke-27 bulan lalu.

Sementara itu kedudukan teratas ranking dunia masih dipegang Juara Piala Dunia 2010, Sepanyol, diikuti Belanda dan Jerman daripada keseluruhan 203 buah negara. - Bernama

READ MORE- Malaysia perbaiki ranking FIFA, naik tujuh anak tangga

Khamis, 15 Disember 2011

Borang Rayuan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran Malaysia 2012

Hai.. bertemu lagi!

Ok, tadi ADQayyum sudah 'share' kan maklumat berkenaan Keputusan Permohonan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sesiapa yang belum semak, sila KLIK SINI.

Jika jawapan permohonan anda adalah BERJAYA! ADQayyum ucapkan tahniah. Kepada yang tidak bernasib baik, anda boleh membuat rayuan dengan klik link di bawah ok.



READ MORE- Borang Rayuan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran Malaysia 2012

Semak Keputusan Permohonan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh di SINI

Salam 1 Malaysia.. :)

Kepada rakan-rakan yang hendak menyemak Keputusan Permohonan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran Malaysia bolehlah menyemak di sini.




ADQayyum sudah semak dan keputusannya.. jeng! jeng! jeng!

Kita sambung selepas ini.. hehehe.. jangan marah..

Kepada rakan-rakan yang berjaya di dalam permohonan mereka, ADQayyum ucapkan tahniah.. Kepada rakan-rakan yang tidak berjaya dan hendak membuat rayuan kemasukan pula, tunggu entry ADQayyum selepas ini ok.. Sekejap sahaja lagi akan ADQayyum siarkan.

Tunggu..
READ MORE- Semak Keputusan Permohonan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh di SINI

Rabu, 14 Disember 2011

Penalti Lampard calar rekod tanpa kalah Man City


LONDON: Chelsea merobek rekod tanpa kalah Manchester City selepas jaringan pemain gantiannya, Frank Lampard menyempurnakan penalti bagi memastikan kemenangan 2-1 di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Penalti Lampard pada minit ke-83 itu menjadi gol kemenangan Chelsea apabila Raul Meireles menyamakan kedudukan selepas Mario Balotelli memperoleh jaringan pembukaan City seawal minit kedua.

Dengan kemenangan itu, Chelsea melonjak ke tempat ketiga kedudukan Liga Perdana Inggeris.
Dalam perlawanan itu juga City terpaksa bermain 10 pemain apabila Gael Clichy dibuang padang pada minit ke-58.

Kemenangan itu juga adalah ketiga berturut-turut dalam masa sembilan hari selepas skuad bimbingan Andre Villas-Boas itu turut menempah tiket ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.

Bagi City pula yang terkeluar dari saingan Liga Juara-Juara Eropah, kedudukan mereka untuk mempertahan lima mata di depan penyandang juara, Manchester turut musnah sebaliknya kita hanya dipisahkan dengan dua mata. - AFP
READ MORE- Penalti Lampard calar rekod tanpa kalah Man City
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...