Pages


...Selamat Datang Ke Dunia Tanpa Bayangan...Di Mana Imaginasi Boleh Menjadi Realiti...Tinggalkan Komen Dan Jikalau Follow Maklumkan Di Jejak Tanpa Kasut atau Shoutbox Untuk Adqayyum Follow Anda...TQ...
Memaparkan catatan dengan label PERLAWANAN AKHIR PIALA SUZUKI AFF. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERLAWANAN AKHIR PIALA SUZUKI AFF. Papar semua catatan

Ahad, 26 Disember 2010

PERLAWANAN AKHIR PIALA SUZUKI AFF MALAYSIA vs INDONESIA ~ SIARAN LANGSUNG DI DATARAN PUTRAJAYA

Siaran langsung Piala Suzuki AFF di Dataran Putrajaya

Sinar Harian Online


PUTRAJAYA - Orang ramai dijemput ke Dataran Putrajaya untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki AFF menerusi Skrin LED Gergasi antara
Malaysia dan Indonesia, Ahad ini.

Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, perlawanan itu boleh disaksikan bermula jam 8 malam.

“Pemasangan skrin LED gergasi ini memberi peluang kepada warga Putrajaya untuk sama-sama menunjukkan semangat dan sokongan kepada pasukan bola sepak negara sewaktu berlangsungnya perlawanan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Perlawanan akhir kedua bagi merebut Piala Suzuki AFF, yang akan berlangsung di
Jakarta pada 29 Disember, akan turut disiarkan menerusi skrin gergasi di Dataran Putrajaya mulai jam 8 malam.

“Memandangkan inilah kali pertama pasukan
Malaysia mara ke perlawanan akhir bagi merebut Piala Suzuki, warga Putrajaya turut bergembira dan berpeluang menyokong pasukan negara di tempat sendiri,” katanya. – Bernama

READ MORE- PERLAWANAN AKHIR PIALA SUZUKI AFF MALAYSIA vs INDONESIA ~ SIARAN LANGSUNG DI DATARAN PUTRAJAYA

Rabu, 22 Disember 2010

TIKET FINAL PIALA SUZUKI AFF MULA DIJUAL KHAMIS INI

21/12/2010 7:12pm

Utusan Malaysia Online

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Tiket perlawanan akhir Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indonesia yang berlangsung 26 Disember ini, mula dijual mulai Khamis ini.

Jurucakap FAM berkata, tiket-tiket pada harga RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM50 bagi berbumbung itu akan dijual mulai pukul 10 pagi hingga 7 petang di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Katanya, sebanyak 70,000 tiket disediakan untuk para penyokong pasukan kebangsaan manakala 15,000 lagi untuk penyokong Indonesia. - Utusan

READ MORE- TIKET FINAL PIALA SUZUKI AFF MULA DIJUAL KHAMIS INI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...