Pages


...Selamat Datang Ke Dunia Tanpa Bayangan...Di Mana Imaginasi Boleh Menjadi Realiti...Tinggalkan Komen Dan Jikalau Follow Maklumkan Di Jejak Tanpa Kasut atau Shoutbox Untuk Adqayyum Follow Anda...TQ...
Memaparkan catatan dengan label OGY AHMAD DAUD NAK SAMAN JOHAN RAJA LAWAK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label OGY AHMAD DAUD NAK SAMAN JOHAN RAJA LAWAK. Papar semua catatan

Khamis, 1 Disember 2011

Isu Ogy Hendak Saman Johan Raja Lawak : Johan Enggan Komen

Sebelum ini ADQayyum ada published entry berkenaan Ogy Ahmad Daud Nak Saman Johan Raja Lawak. Hendak baca entry tu sila KLIK SINI ok. Dah terlanjur ADQayyum buat entry tu, di sini ADQayyum hendak share kan pula update news berkenaan kes itu yang ADQayyum baca dari Kosmo Online.


Johan enggan komen




TIADA angin tiada ribut tiba-tiba Johan Raja Lawak, 27, dikejutkan dengan berita Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy ingin menyamannya kerana terguris dengan kata-kata yang berbaur penghinaan yang dilemparkan Johan ke atas dirinya dan kedua-dua ibu bapanya pada malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) pada 20 November lalu.

Umum mengetahui Ogy dan Johan atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz merupakan pengacara pada malam FFM24.

Walaupun, penonton melihat senario gurauan kedua- dua pengacara serba boleh itu menjadi di atas pentas, namun apabila majlis tersebut tamat ada amarah yang tersimpan di benak Ogy kepada Johan sehingga bekas isteri kepada pelakon Eman Manan itu bertindak untuk menyaman Johan.

Ogy dalam dakwaannya menerusi sebuah akhbar sebelum ini menegaskan Johan sememangnya kurang ajar, bukan setakat bakat dirinya malah arwah ibu bapanya, Datuk Ahmad Daud dan seniwati Saadiah turut dipersendakan sesuka hati.

Namun kata Ogy, apa yang paling dia terkilan apabila Johan boleh mempersenda Tahun Gajah iaitu tahun kelahiran Nabi Muhammad!

Kosmo! berpeluang menghubungi Johan untuk mendapatkan maklum balas pelawak itu mengenai hal saman tersebut.

Johan mengakui terkejut dan hanya mengetahui perkara saman itu melalui sebuah akhbar tempatan yang menyiarkan tentang perkara itu baru-baru ini.

Malah, dia tidak menyangka tentang isu tersebut kerana dia ada memohon maaf kepada Ogy selepas FFM 24 tamat jika kata-katanya ada mengguris hati Ogy.

Bagaimanapun Johan enggan mengulas lanjut mengenai hal saman itu selagi surat saman tersebut tidak sampai kepadanya.

“Saya terkejut dan hanya mengetahui perkara ini melalui sebuah akhbar yang mengatakan Kak Ogy nak menyaman saya.

“Sewaktu FFM 24 tamat saya ada minta maaf kepadanya jika ada kata-kata yang menyinggung perasaannya. To be fair saya sebenarnya tidak mahu ulas perkara ini lebih lanjut selagi surat saman itu tidak sampai kepada saya.

“Tunggulah jika perkara ini masih berlanjutan saya akan bercakap mengenainya kepada semua,” tegas Johan.


Sumber : Kosmo Online


**************************************************

Wahh! Panjang juga temubual dengan Johan ni. ADQayyum cuma ambil yang berkaitan dengan kes Ogy tu je ye. Hendak baca luahan hati Johan yang selanjutnya, bolehlah KLIK SINI.


READ MORE- Isu Ogy Hendak Saman Johan Raja Lawak : Johan Enggan Komen

Selasa, 29 November 2011

OGY AHMAD DAUD NAK SAMAN JOHAN RAJA LAWAK!


KUALA LUMPUR – Diva industri hiburan tanahair, Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy bakal mengambil tindakan saman terhadap pelakon komedi, Johan Raja Lawak, atas beberapa insiden ketika sama-sama menjadi pengacara di Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM 24), baru-baru ini.

Difahamkan bahawa Ogy telah berbincang dengan peguam peribadinya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Johan kerana mempersendakan kedua arwah ibubapanya, mempermainkan tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW dan memperkecilkan dirinya sebagai pelakon yang lebih senior.

Ogy juga menyifatkan kenyataan-kenyataan Johan itu sebagai kurang ajar, satu penghinaan dan beliau tidak mampu untuk bertolak ansur dengan kebiadapan pasangan pengacaranya malam itu.

“Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.

“Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu,” katanya yang dipetik dari laman blog terkenal, Beautifulnara.com, semalam.

Menurut Ogy lagi, beliau tidak dapat memaafkan Johan sekalipun pelawak itu datang meminta maaf darinya dan berharap agar tindakannya itu akan menjadi pengajaran kepada Johan dan artis baru yang lain.

“Saya berpegang pada hak asasi manusia. Tidak kira siapa pun, kalau mereka telah memperlekehkan maruah diri dan ibu bapa saya, saya tidak akan bertolak-ansur.

“Biar dia datang minta maaf sekali pun, saya tidak akan layan. Sebab seseorang harus bangkit memberi pengajaran kepada budak baru seperti dia yang tak tahu apa makna menghormati,” tekad Ogy.

Selain itu, beliau tidak menafikan tentang bakat komedi yang ada pada Johan yang membuat penonton tidak kering gusi dan terhibur malam itu biarpun pelawak terkenal itu lewat hadir tiga jam ketika sesi latihan dijalankan.

“Saya tahu dia berbakat untuk buat lawak tetapi cara dia melampau. Sudahlah masa latihan sebelum majlis berlangsung dia datang lewat.

“Kami diminta datang pukul 3 petang, dia sampai pukul 6 petang. Macam mana tu? Tiga jam saya menunggu, tetapi dia langsung tidak minta maaf pada saya.

“Pembantu peribadi dia yang malu dan berkali-kali minta maaf dari saya. Mana budi bahasa? Tetapi saya sedikit pun tidak bising pada dia,” katanya lagi.

Bagaimanapun, pemilik laman blog hiburan itu yang dikenali sebagai Abang Nara berpendapat bahawa Ogy tidak wajar mengambil tindakan saman terhadap Johan kerana insiden sedemikian dan memadai dengan teguran di media sahaja.

Selain itu, kami juga sependapat dengan Abang Nara memandangkan bahawa Ogy juga dikenali sebagai salah seorang artis yang bermulut ‘laser’ sebelum ini dan kadangkala terlepas cakap sehingga melukakan segelintir teman artis yang lain.

Mengambil iktibar dari sifat memaafkan saudara seagama seperti yang dianjurkan Rasulullah SAW, apakah salah sekiranya Ogy memaafkan ketelanjuran Johan yang sedang menimba ilmu dari seorang artis yang berpengalaman sepertinya berbanding mengambil tindakan undang-undang yang mungkin akan mengundang permusuhan sesama artis.

READ MORE- OGY AHMAD DAUD NAK SAMAN JOHAN RAJA LAWAK!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...