Pages


...Selamat Datang Ke Dunia Tanpa Bayangan...Di Mana Imaginasi Boleh Menjadi Realiti...Tinggalkan Komen Dan Jikalau Follow Maklumkan Di Jejak Tanpa Kasut atau Shoutbox Untuk Adqayyum Follow Anda...TQ...

Ahad, 26 Disember 2010

PERLAWANAN AKHIR PIALA SUZUKI AFF MALAYSIA vs INDONESIA ~ SIARAN LANGSUNG DI DATARAN PUTRAJAYA

Siaran langsung Piala Suzuki AFF di Dataran Putrajaya

Sinar Harian Online


PUTRAJAYA - Orang ramai dijemput ke Dataran Putrajaya untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki AFF menerusi Skrin LED Gergasi antara
Malaysia dan Indonesia, Ahad ini.

Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, perlawanan itu boleh disaksikan bermula jam 8 malam.

“Pemasangan skrin LED gergasi ini memberi peluang kepada warga Putrajaya untuk sama-sama menunjukkan semangat dan sokongan kepada pasukan bola sepak negara sewaktu berlangsungnya perlawanan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Perlawanan akhir kedua bagi merebut Piala Suzuki AFF, yang akan berlangsung di
Jakarta pada 29 Disember, akan turut disiarkan menerusi skrin gergasi di Dataran Putrajaya mulai jam 8 malam.

“Memandangkan inilah kali pertama pasukan
Malaysia mara ke perlawanan akhir bagi merebut Piala Suzuki, warga Putrajaya turut bergembira dan berpeluang menyokong pasukan negara di tempat sendiri,” katanya. – Bernama

2 ulasan:

armouris berkata...

Malaysia boleh!! main bola jangan sampai cedera - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

Unknown berkata...

sokong gak la Malaysia...Go Malaysia~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...