Pages


...Selamat Datang Ke Dunia Tanpa Bayangan...Di Mana Imaginasi Boleh Menjadi Realiti...Tinggalkan Komen Dan Jikalau Follow Maklumkan Di Jejak Tanpa Kasut atau Shoutbox Untuk Adqayyum Follow Anda...TQ...

Jumaat, 31 Disember 2010

BEN ASHAARI FOLLOW ADQAYYUM!


Wahh!! Best! Best!
Tak sangka Abang Ben Ashaari idola pujaan hati ADQayyum sudi jadi follower ADQayyum!

Kepada semua follower ADQayyum, anda semua juga amat ADQayyum hargai tapi Abang Ben ni special sikit sebab ADQayyum memang suka sangat dengan pencapaian Abang Ben dalam dunia blog ini.

Terima kasih Abang Ben dan terima kasih juga kepada semua follower Dunia Tanpa Bayangan.

Selamat Tinggal 2010 dan Selamat Datang 2011!

ADQayyum mengambil kesempatan di sini mengucapkan kepada semua follower ADQayyum Selamat Tahun Baru. Semoga 2011 Lebih Mantap Untuk Semua!


READ MORE- BEN ASHAARI FOLLOW ADQAYYUM!

PENYOKONG INDONESIA UGUT TEMBAK KAMI - AMRI

RATA-RATA pemain bola sepak kebangsaan yang baru pulang selepas menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 kelmarin menyifatkan kerenah penyokong fanatik bola sepak Indonesia amat menakutkan.

Walaupun mereka menaiki kereta peri- sai demi keselamatan, namun masih ada sebilangan penyokong republik itu mengugut untuk menembak pemain pasukan bola sepak negara.

Penyerang senior kebangsaan, Mohd. Amri Yahyah yang mendengar sendiri ugutan daripada penyokong Indonesia yang fanatik itu berkata, ia suatu pengala- man yang tidak boleh dilupakan.

"Mereka kata, kalau di Malaysia pakai panahan pena laser, di sini (Indonesia) kami pakai senapang. Itu yang saya dengar dan mereka memang fanatik dan bebas menyuarakan ketidakpuasan hati masing-masing," katanya ketika ditemui Kosmo! di Wisma FAM, Kelana Jaya sekembali ke tanah air semalam.

Menurut Mohd. Amri, dia mendengar kata-kata itu semasa sesi memanaskan badan di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta dan mengaku perasaan takut me- nyelubungi dirinya.

"Keadaan di sana amat tegang dengan dipenuhi oleh penyokong-penyokong Indonesia sepanjang memasuki kawasan stadium," katanya.

Sementara itu, penyerang sensasi dan penjaring terbanyak kejohanan, Mohd. Safee Mohd. Sali juga mengakui, sikap fanatik penyokong Indonesia begitu berbeza dengan penyokong di Malaysia.

Katanya, selain ugutan, mereka juga tanpa segan menunjukkan isyarat lucah kepada pemain negara selain cuba menggunakan kekerasan semasa pasukan negara keluar dari hotel penginapan ketika berangkat pulang ke tanah air.

Bagi penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat pula, konsentrasinya terganggu semasa menaiki kereta perisai tersebut.

READ MORE- PENYOKONG INDONESIA UGUT TEMBAK KAMI - AMRI

Rabu, 29 Disember 2010

KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR PIALA SUZUKI AFF 2010 MALAYSIA vs INDONESIA


Perlawanan Akhir Piala Suzuki AFF 2010 menyaksikan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno dengan kemenangan berpihak kepada MALAYSIA dengan 4 berbalas INDONESIA 2
READ MORE- KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR PIALA SUZUKI AFF 2010 MALAYSIA vs INDONESIA

Isnin, 27 Disember 2010

KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR MALAYSIA vs INDONESIA PIALA SUZUKI AFF 2010 ~ RAJAGOBAL LEGA, RIEDL MALU BESAR


Sumber : KOSMO ONLINE


PENJAGA gol Indonesia, Markus (dua dari kiri) terpaksa bekerja keras untuk menyelamatkan gawangnya daripada terus diancam penyerang Malaysia pada perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Malaysia menang 3-0.


JURULATIH Indonesia, Alfred Riedl akhirnya terpaksa akur untuk kembali berpijak di bumi nyata tatkala jurulatih Malaysia, K. Rajagobal pula terus dengan sikap tenang dan rendah dirinya.

Biarpun gembira dengan kejayaan membelasah Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 malam tadi, Rajagobal masih belum mahu berasa puas kerana beliau sedar tugas mereka belum selesai.

Beliau mahu menyelesaikan dahulu baki 90 minit aksi final kedua di Jakarta, Rabu ini.

"Final belum berakhir lagi. Kita tetap kena fokus baki 90 minit aksi di Jakarta. Tetapi secara jujur memang saya optimis kita boleh menang di Kuala Lumpur ini.

"Ini kerana, Indonesia menang kesemua lima perlawanan sebelum ini hanya dengan beraksi di Jakarta. Ini aksi pertama mereka di gelanggang luar.

"Kita menang 3-0. Tetapi sepatut- nya boleh 4-0 kerana jelas saya nampak Kunanlan dijatuhkan pada masa kecederaan dan sepakan penalti wajar diberi," katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Ditanya adakah Malaysia akan beraksi secara bertahan pada Rabu ini, Rajagobal berkata ringkas: "Tidak. Kita akan main seperti biasa. Kita takkan boleh bertahan sepanjang 90 minit."

Sementara itu, nada Riedl pada sidang media tersebut seakan mengakui kehebatan pasukan Malaysia tetapi tetap mengharapkan keajaiban pada aksi kedua nanti.

"Tahniah Malaysia kerana menang. Perlawanan ini biasa sahaja sehinggalah Malaysia mendapat gol pertama.

"Ia telah mengubah segalanya. Malaysia bertambah yakin manakala pertahanan kami semakin keliru.

"Memang aksi terhenti pada minit ke-53 itu memberi kesan kepada kami. Tetapi ketinggalan 0-1 itu lebih memberi kesan sebenarnya.

"Untuk aksi kedua di Jakarta, memang tampak cukup sukar. Tetapi apa pun boleh terjadi, mungkin kami boleh menang 4-0 atau menang 5-1 seperti sebelum ini," jelas Riedl.


READ MORE- KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR MALAYSIA vs INDONESIA PIALA SUZUKI AFF 2010 ~ RAJAGOBAL LEGA, RIEDL MALU BESAR

Ahad, 26 Disember 2010

KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR PERTAMA MALAYSIA vs INDONESIA PIALA SUZUKI AFF 2010


Perlawanan Akhir Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indonesia menyaksikan kemenangan berpihak kepada Malaysia dengan 3 berbalas 0.

Gol Malaysia dijaringkan oleh Safee Sali 2 gol, Ashari Shamsudin 1 gol.

Jangan lupa bahawa masih ada 1 lagi sesi perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia pada 29 Disember 2010 untuk menentukan juara keseluruhan Piala Akhir Suzuki AFF 2010.
READ MORE- KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR PERTAMA MALAYSIA vs INDONESIA PIALA SUZUKI AFF 2010

PERLAWANAN AKHIR PIALA SUZUKI AFF MALAYSIA vs INDONESIA ~ SIARAN LANGSUNG DI DATARAN PUTRAJAYA

Siaran langsung Piala Suzuki AFF di Dataran Putrajaya

Sinar Harian Online


PUTRAJAYA - Orang ramai dijemput ke Dataran Putrajaya untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki AFF menerusi Skrin LED Gergasi antara
Malaysia dan Indonesia, Ahad ini.

Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, perlawanan itu boleh disaksikan bermula jam 8 malam.

“Pemasangan skrin LED gergasi ini memberi peluang kepada warga Putrajaya untuk sama-sama menunjukkan semangat dan sokongan kepada pasukan bola sepak negara sewaktu berlangsungnya perlawanan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Perlawanan akhir kedua bagi merebut Piala Suzuki AFF, yang akan berlangsung di
Jakarta pada 29 Disember, akan turut disiarkan menerusi skrin gergasi di Dataran Putrajaya mulai jam 8 malam.

“Memandangkan inilah kali pertama pasukan
Malaysia mara ke perlawanan akhir bagi merebut Piala Suzuki, warga Putrajaya turut bergembira dan berpeluang menyokong pasukan negara di tempat sendiri,” katanya. – Bernama

READ MORE- PERLAWANAN AKHIR PIALA SUZUKI AFF MALAYSIA vs INDONESIA ~ SIARAN LANGSUNG DI DATARAN PUTRAJAYA

Sabtu, 25 Disember 2010

SAYA NAK MASUK BLOG LIST ELLEN!


Aunty Ellen, ADQayyum nak masuk Blog List Aunty Ellen!

ADQayyum harap ADQayyum masih sempat join segmen Aunty Ellen ni. ADQayyum tak pandai nak komen entry-entry Aunty Ellen sebab ADQayyum suka semua entry-entry Aunty Ellen.

ADQayyum harap Aunty Ellen sudi terima ADQayyum masuk Blog List Aunty Ellen ye.

Thank You Aunty Ellen!
READ MORE- SAYA NAK MASUK BLOG LIST ELLEN!

Rabu, 22 Disember 2010

TIKET FINAL PIALA SUZUKI AFF MULA DIJUAL KHAMIS INI

21/12/2010 7:12pm

Utusan Malaysia Online

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Tiket perlawanan akhir Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indonesia yang berlangsung 26 Disember ini, mula dijual mulai Khamis ini.

Jurucakap FAM berkata, tiket-tiket pada harga RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM50 bagi berbumbung itu akan dijual mulai pukul 10 pagi hingga 7 petang di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Katanya, sebanyak 70,000 tiket disediakan untuk para penyokong pasukan kebangsaan manakala 15,000 lagi untuk penyokong Indonesia. - Utusan

READ MORE- TIKET FINAL PIALA SUZUKI AFF MULA DIJUAL KHAMIS INI

Khamis, 16 Disember 2010

Potong Kabel Komputer

Di Beijing,akibat terasa diabaikan dengan ibu-bapa,seorang remaja perempuan di Xianyang,Wilayah Shaanxi nekad memotong kabel komputer kepunyaan ibu-bapanya kerana berangapan mereka telah mengabaikannya.

Remaja tersebut menyatakan,ibu-bapanya terlalu khusyuk dan ketagih dengan permainan Happy Farm dalam talian dan sentiasa melekat di komputer setiap kali mereka berada di rumah.

Bagaimanapun,ibu bapa kepada remaja perempuan tersebut menafikan mereka mengabaikan tanggungjawab mereka itu walaupun sibuk dengan permainan Happy Farm seperti didakwa.
READ MORE- Potong Kabel Komputer

Selasa, 14 Disember 2010

Saya Masih Bersekolah Dan Juga Seorang Blogger


Cikgu Ben! Ayat BM tak jadi sangat.. Boleh tak?? Bukan pandai penulisan sangat pun...


Nama saya Adqayyum.. Bukan nama betul tapi nickname je.. Nak tahu nama sebenar?.. Tak leh.. hehehe.. bukan tak leh tapi biarlah rahsia.. Nak tahu cuba tengok n3 Adqayyum ' Identiti Blogger yg hilang' ok...
Dilahirkan pada 18 Mei 1999...sekarang ni umur baru darjah 5 next year baru darjah 6..UPSR tahun depan sangat takut..maybe, masa blogging kena dikurangkan..huhuhu

Ok skolah plak..Adqayyum start skolah masa Adqayyum 5 tahun..kat mana tah pastu masa 6 tahun Adqayyum skolah kat Sk sri kulim...darjah 1 kat Sk sri kulim gak sampaila next year..

Kat skolah saya ni Olabakul ehh Olaraga tapi x la aktif sangat masuk lompat tinggi sampai daerah pastu out..Tahun 6 ni Adqayyum nak jadi olahragawan lagi nak dapat sijil..Jawatan kat kelas dulu erk..kat kelas Adqayyum seorang yang agak tinggi so Adqayyum selalu ditugaskan cuci tingkap sampai sekarang..huhu..then masa darjah 4 Adqayyum pilih koko Pancaragam ngan muzik..x da jawatan lagi baru newbie..so masa darjah 5 adqayyum dilantik jadi ajk pancaragam muzik masa tu x da jadi Adqayyum pilih masuk kelab seni reka cipta..jadi penolong ketua seni reka cipta..n tahun las darjah 6 kat pancaragam Adqayyum x jadi ajk dah tapi still penolong ketua seni reka cipta..sekarang ni adqayum masuk kelab bola plak..

Kenapa saya ada blog??masa darjah 4.. Adqayyum ternampak blog pak cik Adqayyum di laptopnya dan terasa minat sebab ada widget,templates,header,ngan lain2..so esok jugak Adqayyum wat blog..masa darjah 4 dulu sekarang dah nak masuk darjah 6 mungkin dekat dua tahun kot..tapi walaupun start dari darjah 4 baru sebulan dua ni aktif skit..

Adqayyum rasa blog ni bagus sebab sekarang ni adqayyum bleh la pandai skit skit dalam penulisan..disebabkan banyak baca entry dan info menarik Adqayyum rasa best la ada blog nih..

sori Cikgu Ben penulisan x 'tere'... :)


READ MORE- Saya Masih Bersekolah Dan Juga Seorang Blogger

My Header Contest



Hari ni Adqayyum telah di taq oleh Sifu Adqayyum iaitu Belalang Hijau dari Suara Bawah Tanah..untuk contest header ni..


Nih la Tuan yg mereka contest tu..Namanya Cik Rei




Ni header baru adqayyum..buat sendiri tau..header nih x cantik skit sebab x guna photoshop,photoscape atau lain2 sebab x reti guna..tu la pasal x blink-blink atau gerak..




Yg ni pulak header Adqayyum masa guna photoshop..Header pertama yg mengunakan photoshop..


N the las kena tag 3 org so calon-calonnya ialah




Done..N to blogger yg telah di tag tu syarat-syaratnya ada disini
READ MORE- My Header Contest

Khamis, 9 Disember 2010

BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU


ADQayyum pun nak join bloglist Abang Ben yang baru..


Sesiapa yang nak join boleh klik sini..
READ MORE- BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU

Rabu, 8 Disember 2010

Mari Kita Blogwalking Bersama Bloglarian


Pertama sekali ADQayyum nak ucap terima kasih kepada JZ Business World kerana tag ADQayyum join Bloglarian ni. Setelah ADQayyum baca isi kandungan Bloglarian di blog Abang Padel, ADQayyum rasa memang nak sangat join Bloglarian sebab banyak manfaat untuk blogger baru macam ADQayyum. Terima kasih JZ teringat gak nak tag ADQayyum.

Slogan ADQayyum:
"Saya suka berblogwalking kerana melalui blogwalking saya dapat menambah ilmu pengetahuan melalui pembacaan dan dapat juga menambah kenalan"

Di sini ADQayyum nak tag:
READ MORE- Mari Kita Blogwalking Bersama Bloglarian

Ahad, 5 Disember 2010

CONTEST MENEKA GAMBAR S.B.T.


ADQayyum pu nak joinlah Contest Meneka Gambar S.B.T. ni sebab hadiahnya lumayannnn.. tapi bila dah nak join last minute ni, internet slow gila lah pulak.. Tak pa, ADQayyum tak putus asa. ADQayyum buat juga.. Mudah-mudahan ada rezeki ADQayyum. Amin!

Jawapan ADQayyum SAFETY PIN.


Tak sabar tunggu keputusan esok. :)

READ MORE- CONTEST MENEKA GAMBAR S.B.T.

Jumaat, 3 Disember 2010

JOM REBUT PELUANG LETAK BANNER BLOG ATAU IKLAN PERCUMA DI JZBW!


ADQayyum nak join la rebut peluang letak banner blog ADQayyum sebagai iklan di JZ Business World! Boleh juga bantu up-traffic blog terutama untuk blogger baru macam ADQayyum ni.

ADQayyum tak pandai nak cerita panjang-panjang jadi ADQayyum print screen promosi yang JZBW buat tu. Alamak! Tak jadi la pulak.. Tak apa, terjah saja web JZBW atau klik sini sekarang ok.

Jomlah ramai-ramai kita penuhkan kotak iklan yang masih kosong!
READ MORE- JOM REBUT PELUANG LETAK BANNER BLOG ATAU IKLAN PERCUMA DI JZBW!

Isnin, 22 November 2010

BLOGGER IN DA HOUSE : KHAS BUAT BLOGGER BARU

image

Salam Abang Ben. ADQayyum pun nak join segmen Abg Ben ni. Nak tambah kenalan.

Ini pasal latar belakang blog ADQayyum :-

Nama DUNIA TANPA BANYANGAN diambil berdasarkan khayalan ADQayyum. Tidak ada apa-apa makna yang berkaitan dengan ADQayyum pun. Cuma ADQayyum suka sebab nama tu nampak ganas dan macho. Hehehe.. Bolehkah gitu?

Banyak lagi ready template yang cantik-cantik tapi ADQayyum pilih yang ini sebab Naruto ni nampak ganas tapi masih macho. Uhh suka sungguh ADQayyum dengan ganas dan macho ni.

Maaflah ADQayyum tak berapa pandai nak tulis entry panjang-panjang. Maklumlah ADQayyumkan baru 11 tahun.. Hmm minta simpati ni.. J

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal ADQayyum, boleh baca entry ‘IDENTITI BLOGGER YANG HILANG – ADQayyum’.

Ok Abg Ben.. Terima kasih. Saya sokong usaha murni Abg Ben dalam apa saja yang Abg Ben buat.

READ MORE- BLOGGER IN DA HOUSE : KHAS BUAT BLOGGER BARU

Khamis, 18 November 2010

Give Away JZ pulak....

Hari ni ADQayyum nak join 1st Give Away by JZ pula. Mood ADQayyum 2 3 hari ni asyik nak join contest je. Tak tau la kenapa. Mungkin sebab geram tengok kawan2 lain dapat hadiah atau award yang best2 kot. ADQayyum pun nak lah.

Dah banyak hari ADQayyum nak join give away ni tapi tak ada idea. Semalam masa celebrate birthday baba di Puncak Mutiara, ADQayyum order lamb chop dan ibu pulak pesan susu kambing fresh. Terus ADQayyum teringat pasal give away ni. Itu sebab hari ni ADQayyum berkobar-kobar nak join give away ni sebab antara syarat nak join kena cerita pasal kambing.


Haaa.. yang kat atas tulah cerita ADQayyum pasal kambing. Hehehe.. ada sebut kambing gak kan..


Syarat-syarat lain semua ADQayyum dah ikut.


Kepada JZ Business World, Selamat Maju Jaya dan semoga ADQayyum menang sebab ADQayyum nak hadiahkan susu kambing tu kepada ibu ADQayyum tersayang yang suka sangat minum susu kambing dan lembu.. Baba pula tak suka susu langsung..


Dan lagi satu kena tag 3 orang so yang dibawah adalah yang kena tag ye..


Tukang Penasihat@Saya salah ka


Pink Pearl Lady


Amny Belle 2606

READ MORE- Give Away JZ pulak....

Selasa, 16 November 2010

Bacalah jika ada masa untuk Allah

ASSALAMUALAIKUM SAUDARAKU


Baca jika anda ada masa untuk ALLAH.

Bacalah sehingga habis.
Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung.
ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini... Lebih lebih lagi diwaktu kerja.

Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang .... Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini

Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat .......

Muingkin malam JUMAAT?

Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA?

Kita suka ALLAH pada masa kita sakit.....

Dan sudah pasti waktu ada kematian...

Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?

Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA.

Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka......

Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)

Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.
DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH
Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!!

Ya aku CINTA ALLAH

Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku

IA lah yang menggerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.

Ini adalah ujian yang mudah.

Kalau anda benar meyintai ALLAH dantidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu....
Kirimkan kepada orang .

Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?

Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.

Susah….... Senang

Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?

Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?
Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem 'forward' kanemail yang tak senonoh?
Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.
Solat adalah yang terbaik....

Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.

Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.

Tidakkah melucukan bila seseorang berkata 'AKU BERIMAN PADA ALLAH' TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also 'believes' in ALLAH).
Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM, ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?

Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini andatidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti sama ada mereka suka atau tidak?.


Aku berDOA, untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan mereka di rahmati ALLAH.

READ MORE- Bacalah jika ada masa untuk Allah

Isnin, 15 November 2010

"ARE U THAT LUCKY ONE...??? GIVE AWAY"

ADQayyum tak pernah join mana-mana give away atau contest pun sebelum ni.
Tapi bila buka je blog amnybelle2606, ADQayyum rasa nak join sebab PRINCESS TIHAH yang cute tu dan hadiah yang ditawarkan juga adalah untuk anak-anak.

Haaa.. sesuai sangatlah tu.
Kan ke ADQayyum ni 'anak' yang baru berusia 11 tahun.
Betul betul betul!

PRINCESS TIHAH PILIH ADQAYYUM PLEASE...

~ PRINCESS TIHAH ~


ADQayyum dah pun ikut semua syarat-syaratnya.

1. mesti lah warganegara MALAYSIA..senang aku nak pos nanti beb...
* ADQayyum memang warganegara Malaysia pun.

2. lelaki ke pompuan xkesah...
* ADQayyum lelaki. Ada kelebihan tak? Kot boleh jadi PRINCE CHARMING ke?

3. mestikah jadi follower saya..???saya x paksa, tapi kalau jadi, ianya merupakan satu bonus...:)
* Tak paksa pun nak follow jugak princess yang cun ni.

4. mesti promote entry nih kat blognya.."ARE U THAT LUCKY ONE..???GIVEWAY"...
dan tinggalkan link entry itu dekat ruangan komen.
* Patik dah buat dah Tuan Puteri..

5. publish/letakkan banner 'princess Tihah' diatas kat 'sidebar' blog korang dan linkkan ke blog saya..
* DONE!

So, Princess Tihah.. CERIA-CERIA SELALU!
READ MORE- "ARE U THAT LUCKY ONE...??? GIVE AWAY"

Selasa, 9 November 2010

IDENTITI BLOGGER YANG HILANG


Dunia Tanpa Bayangan (DTB) telah ditag oleh pak belalang dari Suara Bawah Tanah untuk 'IDENTITI BLOGGER YANG HILANG'.. sekarang kenalah buat ye... kita lihat lah 25 perkara tentang pemilik DTB.

"Once you have been tag, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, or goal about you. In the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you, it’s because I want to know you more

1. Adqayyum adalah nama singkatan atau nickname dari nama Adam Danial Qayyum...

2. Anak sulung daripada 5 beradik.....

3. Baru berusia 11 Tahun.. Tarikh lahir adalah 18/5/1999.. jikalau anda ingin bagi hadiah besday saya nak roller-blade edisi khas.. hehehe.. nak tahu kenapa nak roller-blade, cekidaut..

4.hobi di waktu lapang ye.. suka naik roller-blade.. mempunyai sepasang roller-blade.....

5.lagi satu Adqayyum sorang shuffler.. bukan la tere sangat tapi boleh la...
6.seorang ' otaku ' yang berkaliber dan tahu serba sedikit dalam dunia komik dan watak2 anime....

7.takut nak p tempat gelap sorang2.. so kalo nak p jugak kena teman la.. tambah lagi tempat yang bertingkat2.. heee

8.suka pakai n kumpul topi.. macam baba saya.. yang terbaru topi blink-blink..

9.takut dengan kucing....bukan la takut camna cuma kucing yang macam hyper pastu suka cakar2....tapi kalo kucing comel boleh la dipertimbangkan....hehe
10.suka main aci ligan dengan budak2 sebab x kan dapat ditangkap pun....

11. game yang paling suka ialah Final Fantasy sebab gaya mereka lawan n game tu adventure....

12. kalau bab makan, biar lauk penuh meja pun tetap akan cari kicap n telur mata.

13. suka minum vico.

14. tahun depan kekal kelas A. hoye!

15. anak kepada baba yang hensem n ibu yang lawa.

16. suka juga main bowling.

17. minat bunkface, azlan n typewriter, basshunter n lady gaga.. lalalalalla rama ullala..

18. suka warna hitam n putih.

19. suka chat di facebook.

20. di facebook dikenali dengan Danny Itachi.. buat masa sekarang le.. nanti dah boring tukar nama lagi..

21. ada 2 adik lelaki n 2 adik perempuan.

22. semua anak lelaki, ibu n baba mulakan dengan Adam n bagi anak perempuan, nama pangkal Hawa..

23. tak suka makan buah.

24. tak suka makan sayur.

25. ada seorang uncle yang cukup terkenal di dunia blogger tapi.. syyyyy.. biarlah rahsia..

26. alaaaa.. dah abeh dah ke... terlajak ke nombor 26 dah pun..

27. nak tahu pasal saya lagi, PM saja saya.

28. seorang yang baik n berbudi bahasa.. betul!

29. sorry cerita-ceriti saya ini tak ikut susunan.. sebab ikut idea yang tunggang terbalik nak letak mana dulu..

30. thank you kepada pak belalang sebab sudi tag saya.. saya akan ke dunia bawah tanah sekarang juga sebab nak beritahu, I'M DONE!!!

N the last terasa malas la nak tag 25 org jadi sapa nak tag diri sendiri tag la....hehehe
READ MORE- IDENTITI BLOGGER YANG HILANG
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...