...Selamat Datang Ke Dunia Tanpa Bayangan...Di Mana Imaginasi Boleh Menjadi Realiti...Tinggalkan Komen Dan Jikalau Follow Maklumkan Di Jejak Tanpa Kasut atau Shoutbox Untuk Adqayyum Follow Anda...TQ...

Selasa, 11 Januari 2011

SHOWDOWN 2011 TAMPIL KELAINAN

ADQayyum memang suka menonton siaran Showdown.. sebab ADQayyum kan shuffler.. hehehe.. Hope 1 day ADQayyum boleh join segmen ni. Boleh ke? :)

Showdown 2011 tampil kelainan
Oleh SAHLIZAH MOHAMED
sahlizah.mohamed@kosmo.com.my


HANGATNYA musim pertama program realiti tarian jalanan, Showdown 2010 telah membuat 8TV kembali dengan musim kedua program tersebut. Ia sekali gus sebagai usaha mengubah persepsi masyarakat mengenai tarian tersebut kerana ia mampu berdiri setaraf dengan tarian-tarian lain.

Namun untuk tampil berbeza daripada musim lalu, Showdown 2011 dirancang akan memuatkan elemen lebih dramatik serta aksi yang menarik untuk tontonan peminat. Para peserta tidak hanya terhad mempamer kebolehan sebagai penari hip-hop, malah krew yang terlibat bakal menunjukkan kreativiti masing-masing dengan menggabungkan tarian-tarian lain dalam setiap persembahan mereka.

Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim berkata, perkembangan pesat tarian hip-hop dan tarian jalanan telah melahirkan ramai remaja yang berbakat.

“Ini telah dibuktikan dengan sambutan luar biasa Showdown 2010 dan untuk itu, kami membawakan anda musim kedua yang pasti lebih menarik dan menghiburkan,” katanya semasa sidang media program tersebut, baru-baru ini.

Tambahnya, Showdown 2011 merupakan saluran yang terbaik untuk para remaja mengasah bakat tarian mereka dan pertandingan itu bukan sekadar untuk mencari krew terbaik, tetapi mencari kelainan yang boleh memberi impak untuk mengubah persepsi tarian tersebut di negara ini.

Justeru, bagi mereka yang berminat, Showdown 2011 yang terbuka kepada semua peringkat umur telah mula menjalankan sesi uji bakat sejak 8 Januari di Kuching, Sarawak sebelum menjelajah ke Kota Kinabalu, Sabah pada 15 Januari dan pertempuran hebat krew-krew di Semenanjung bakal disaksikan sepanjang uji bakat berlangsung di Kuala Lumpur pada 21 dan 22 Januari depan.

Sepanjang sesi uji bakat, setiap kumpulan yang dianggotai oleh lima hingga tujuh penari perlu mempersembahkan tarian mereka mengikut rentak dan gaya tersendiri bagi menarik perhatian juri.

Kumpulan yang berjaya melepasi sesi tersebut akan diminta untuk bertanding pada keesokan harinya dalam sesi Battle yang menyaksikan mereka bakal beradu kehebatan tarian antara satu sama lain untuk mara ke peringkat seterusnya.

Hafiz Hatim masih diberi kepercayaan buat kali kedua untuk mengacarakan program tersebut selain ia turut mengekalkan dua juri tetap mereka iaitu penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow dan penari berpengalaman, Maple Loo.

Showdown 2011 akan mula menemui penonton bermula 6 April 2011 pada setiap hari Rabu pukul 9.30 malam.

1 ulasan:

Nadhirah-chan berkata...

kawan saya join ni .

*tak tanya pun*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...