Pages


...Selamat Datang Ke Dunia Tanpa Bayangan...Di Mana Imaginasi Boleh Menjadi Realiti...Tinggalkan Komen Dan Jikalau Follow Maklumkan Di Jejak Tanpa Kasut atau Shoutbox Untuk Adqayyum Follow Anda...TQ...

Rabu, 2 Februari 2011

BERITA DARI MESIR: PELAJAR MALAYSIA KOMUNIKASI GUNA FACEBOOK, BLOG

Sekarang ni kecoh fasal keadaan di Mesir. ADQayyum tak berapa faham tapi yang pasti pasal politik jugalah punca semua ini. Risaulah.. Tak mahulah semua itu terjadi di Malaysia. Bila ADQayyum baca berita ini tadi, rasa lega sedikit. Mujur ada blog dan facebook ini kan. Terima kasih kepada orang yang wujudkan blog khas ini. ADQayyum pun dah jadi follower blog ini. Kesian abang-abang dan kakak-kakak yang berada di sana. Semoga semuanya selamat. Amin!

Mesir: Pelajar Malaysia berkomunikasi guna facebook, blog
Sumber : Utusan Malaysia Online
02/02/2011 8:54pm

KUALA LUMPUR 2 Feb. — Pelajar Malaysia yang terperangkap di Mesir menggunakan aplikasi internet seperti Facebook dan blog untuk menghebahkan tentang keadaan mereka dan berhubung antara satu sama lain.

Salah satu laman Facebook yang telah dicipta oleh pelajar ialah “Selamatkan Pelajar Dan Rakyat Malaysia Di Mesir” dan blog yang boleh dilayari di http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com.

Laman sosial Facebook dan blog tersebut diilhamkan sendiri pelajar di samping mereka menubuhkan Skuad Jawatankuasa Perhubungan Sementara Pelajar Mesir dan Malaysia.

Status terbaru di laman Facebook itu meminta pelajar yang telah selamat sampai di Malaysia atau berlindung di mana-mana negara jiran agar melaporkan keadaan mereka.

Facebook itu juga melaporkan terdapat lebih kurang 20 orang pelajar Malaysia telah selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 2 petang tadi melalui penerbangan Gulf Air.

Laman itu juga memaklumkan bahawa dua orang pelajar Malaysia berjaya menaiki kapal terbang dari Lapangan Terbang Alex menggunakan Kuwait Airways hari ini.

Sehingga jam 7 malam tadi, laman tersebut setakat ini telah mengumpul 46,540 pengikut yang ada antara mereka mempunyai saudara, rakan atau ahli keluarga di Mesir. — Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...