Pages


...Selamat Datang Ke Dunia Tanpa Bayangan...Di Mana Imaginasi Boleh Menjadi Realiti...Tinggalkan Komen Dan Jikalau Follow Maklumkan Di Jejak Tanpa Kasut atau Shoutbox Untuk Adqayyum Follow Anda...TQ...

Ahad, 6 Februari 2011

TORRES SEDIH DILABEL KAKI PEMBELOT

TORRES (kanan) bergambar bersama pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti pada sidang media khas di Cobham, England kelmarin.

LONDON - "Saya bukan kaki pembelot."

Demikian tegas bintang baru Chelsea, Fernando Torres menjelang pertemuan menentang bekas kelabnya, Liverpool pada aksi Liga Perdana England di Stamford Bridge malam ini.

Terdahulu, penyerang antarabangsa Sepanyol itu telah dikritik hebat oleh beberapa pemain legenda Liverpool kerana meninggalkan Anfield dan menyertai Chelsea dengan harga £50 juta (RM246.5 juta).

Begitupun, Torres yang dijangka membuat penampilan sulungnya bersama skuad The Blues malam ini berkata: "Saya tidak rasa ia adil untuk memanggil saya sebagai pembelot, meskipun ia adalah pandangan mereka.

"Saya tidak akan berkata buruk tentang mana-mana bekas pemain Liverpool atau pegawai kelab itu. Mereka boleh kata apa yang mereka mahu.

"Tetapi perkataan pembelot itu tidak masuk akal langsung. Saya mengharungi tiga musim yang menakjubkan di sana (Anfield).

"Saya sanggup melepaskan gaji yang tinggi, menjaringkan banyak gol dan beraksi dengan baik bersama Liverpool. Saya gembira dengan apa yang yang telah saya lakukan di sana.

"Saya faham ia situasi yang sukar tetapi saya harus fikir tentang karier saya sebagai pemain bola sepak. Ia satu langkah ke hadapan dan semua orang bersetuju dengan pendapat saya," kata Torres.

Menurut Torres, kapten Liverpool, Steven Gerrard yang pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea sebelum ini turut bersetuju dengan keputusannya untuk berhijrah.

"Stevie adalah orang pertama yang menelefon saya dan menyokong saya," kata Torres.

"Sama ada saya pergi atau kekal di Anfield, dia tetap membantu dan menyokong saya, mungkin kerana dia pernah merasai situasi yang sama suatu ketika dulu."- Agensi

Sumber : Kosmo! Online

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...