PENYANYI Rap, Jay-Z, merancang membeli sebuah kenderaan yang mampu melindungi isterinya, Beyonce yang sedang sarat mengandung cahaya mata pertama hasil perkahwinan mereka.
Menurutnya, dia meminta nasihat daripada aktor terkenal, Tom Cruise, berkaitan kenderaan yang mahu dibelinya itu memandangkan pelakon itu juga menggunakan kenderaan keselamatan tersebut.
“Saya sedang mencari kenderaan sama seperti digunakan Tom Cruise sebagai persediaan melindungi keluarga saya. “Apa yang penting kenderaan tersebut mestilah kalis peluru dan mampu melindungi keluarga saya daripada sebarang bahaya,” katanya.
Selain itu, Jay-Z turut merancang membeli sebuah rumah di Florida yang bernilai USD24juta. AKTRES popular, Jennifer Aniston, tidak puas hati apabila
kehidupan peribadinya dicerobohi.
Pelakon sitkom Friends ini, kesal apabila pangsapuri yang diduduki bersama kekasihnya, Justin Theroux, sering dikerumuni peminat dan juru gambar. Menurut sumber, situasi itu membuatkan Jennifer berasa rimas dan tidak selesa.
"Terlalu ramai peminat berlegar-legar di sekitar kediaman itu hingga menjejaskan kehidupan seharian bersama kekasihnya itu.
"Jennifer mula sedar dia terlalu dikenali dan tidak sesuai untuk mendiami pangsapuri itu," kata Sumber. Aktres wanita itu merancang berpindah rumah baru di New York yang lebih selamat.
Sumber : Sinar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan