Pages


...Selamat Datang Ke Dunia Tanpa Bayangan...Di Mana Imaginasi Boleh Menjadi Realiti...Tinggalkan Komen Dan Jikalau Follow Maklumkan Di Jejak Tanpa Kasut atau Shoutbox Untuk Adqayyum Follow Anda...TQ...

Khamis, 22 Disember 2011

Saintis temui dua planet baru bersaiz bumi

Saintis temui dua planet baru bersaiz bumi


NEW YORK: Saintis menemui dua planet bersaiz bumi yang yang berada di orbit bintang di luar
sistem solar, sekali gus petanda positif dalam misi penerokaan mencari planet baru yang boleh
didiami manusia selain bumi.


Penemuan itu menunjukkan planet seperti itu wujud dan ia boleh dikesan, kata saintis, Francois
Fressin dari Pusat Kajian Astrofizik Harvard-Smithsonian.
Beliau berkata, kedua-dua planet itu tergolong sebagai planet terkecil dalam orbit bintang yang mengelilingi matahari yang dikesan setakat ini.
Saintis sejak sekian lama berusaha mencari planet berpotensi bersaiz bumi yang boleh dihuni manusia dan mahluk bernyawa lain.

Penemuan Fressin itu dilaporkan dalam jurnal online - Journal Nature semalam.

Satu daripada planet itu hanya tiga peratus lebih besar daripada ukur lilit bumi manakala satu lagi antara 10 peratus lebih besar dari bumi.

Kedua-dua planet itu dilaporkan mempunyai permukaan batu-batan yang mirip bumi.
"Namun suhunya terlalu panas untuk membolehkan hidupan bernyawa tinggal kerana suhunya dianggarkan antara 815 hingga 426 darjah selsius," kata Fressin.

Beliau berkata, jika adapun tumbuhan atau hidupan bernyawa di planet itu, ia kemungkinan sebagai bakteria atau hidupan yang tidak diketahui.

Sejak NASA menjalankan misi mencari planet baru menerusi teleskop gergasi Kepler, agensi angkasa itu sudah menemui puluhan planet bersaiz bumi.

Namun penemuan Fressin itu adalah yang pertama mempunyai pengesahan, kata Alan Boss dari Institut Sains Carnegie di Washington.

Beliau juga salah seorang anggota pasukan saintis Kepler.

Kedua-dua planet itu dinamakan sebagai Kepler-20e dan Kepler-20f. - AP

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...