LONDON: Chelsea merobek rekod tanpa kalah Manchester City selepas jaringan pemain gantiannya, Frank Lampard menyempurnakan penalti bagi memastikan kemenangan 2-1 di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
Penalti Lampard pada minit ke-83 itu menjadi gol kemenangan Chelsea apabila Raul Meireles menyamakan kedudukan selepas Mario Balotelli memperoleh jaringan pembukaan City seawal minit kedua.
Dengan kemenangan itu, Chelsea melonjak ke tempat ketiga kedudukan Liga Perdana Inggeris.
Dalam perlawanan itu juga City terpaksa bermain 10 pemain apabila Gael Clichy dibuang padang pada minit ke-58.
Kemenangan itu juga adalah ketiga berturut-turut dalam masa sembilan hari selepas skuad bimbingan Andre Villas-Boas itu turut menempah tiket ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.
Bagi City pula yang terkeluar dari saingan Liga Juara-Juara Eropah, kedudukan mereka untuk mempertahan lima mata di depan penyandang juara, Manchester turut musnah sebaliknya kita hanya dipisahkan dengan dua mata. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan